Adam Shahz, 41, menafikan dia cemburu apabila bekas isterinya, pelakon, Fatin Afeefa dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, tidak lama lagi.
Menurut Adam atau nama sebenarnya, Nor Shah Azli Abdol Ghani, dia tidak lagi ambil peduli kehidupan peribadi bekas isterinya selepas mereka berpisah kerana masing-masing sudah membawa haluan sendiri. “Bila masa pula saya gila bayang? Saya langsung tidak kisah memandangkan masih mampu bekerja untuk mencari rezeki. Dia ada mesej cara baik, baru-baru ini untuk minta sijil cerai. Saya permudahkan urusan dia. “Selama ini, ada saja yang tidak kena antara kami. Bahagian mana yang saya cemburu? Itu kehidupan masing-masing, lagipun kami sudah lima tahun bercerai.
“Sekarang ini, saya hanya fikirkan mengenai anak, tidak perlu perkara seperti ini dijadikan isu. Itu rezeki masing-masing. Jika Allah takdirkan dia hidup senang, itu rezeki bekas isteri,” katanya. Pelakon siri drama Juvana itu berkata, dia juga tidak ada masalah untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas isterinya itu sekiranya dijemput.
|
mawardia replied at 2-11-2022 01:29 AM
Adam kau ni dah la jgn buat statement.
Baidewey I ols baru tgk bideo fatin buat live tu.
Nangis tere ...
minahgempal replied at 2-11-2022 01:57 AM
Kan..i tgk pun tak ada air mata...lalu dkt fyp i..btol ker dia nangis tu?
mawardia replied at 2-11-2022 01:29 AM
Adam kau ni dah la jgn buat statement.
Baidewey I ols baru tgk bideo fatin buat live tu.
Nangis tere ...
ADVERTISEMENT