CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1711|Reply: 10

Adam Shahz Susah Nak Jumpa Anak, Langsung Tak Cemburu Fatin Afeefa Nak Kahwin Lain "Dia Jemput, Saya Datang"

[Copy link]
Post time 1-11-2022 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Adam Shahz, 41, menafikan dia cemburu apabila bekas isterinya, pelakon, Fatin Afeefa dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, tidak lama lagi.


Menurut Adam atau nama sebenarnya, Nor Shah Azli Abdol Ghani, dia tidak lagi ambil peduli kehidupan peribadi bekas isterinya selepas mereka berpisah kerana masing-masing sudah membawa haluan sendiri.




Foto: IG




“Bila masa pula saya gila bayang? Saya langsung tidak kisah memandangkan masih mampu bekerja untuk mencari rezeki. Dia ada mesej cara baik, baru-baru ini untuk minta sijil cerai. Saya permudahkan urusan dia.


“Selama ini, ada saja yang tidak kena antara kami. Bahagian mana yang saya cemburu? Itu kehidupan masing-masing, lagipun kami sudah lima tahun bercerai.


“Sekarang ini, saya hanya fikirkan mengenai anak, tidak perlu perkara seperti ini dijadikan isu. Itu rezeki masing-masing. Jika Allah takdirkan dia hidup senang, itu rezeki bekas isteri,” katanya.


Pelakon siri drama Juvana itu berkata, dia juga tidak ada masalah untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas isterinya itu sekiranya dijemput.




  



“Sebelum ini, saya pernah cakap, tiada apa-apa isu. Jika dia mahu kahwin, kahwinlah. Demi Allah! Orang ramai kata saya ‘meroyan’ sebab dia  mahu mendirikan rumah tangga.


“Kalau dia jemput, saya datang. Apapun yang terjadi, dia tetap emak kepada anak saya. Saya senang saja, jangan merumitkan,” katanya.


Adam bagaimanapun mendakwa, sejak kemelut antara mereka berlaku, dia sukar bertemu anaknya, Ivy Herra Sophia.




  



Justeru, dia membuat keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah, namun enggan mendedahkan butiran mengenai perkara itu.


Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013, tetapi berpisah pada 30 Mei 2017.


Fatin Afeefa, semalam mengumumkan nekad membuat keputusan meninggalkan industri hiburan kerana enggan terus berhadapan tohmahan yang boleh menjejaskan emosi anak-anaknya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Comey anak
Ikut bapak Chinese look

Dah2 la gadoh
Sian ank2
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Adam kau ni dah la jgn buat statement.
Baidewey I ols baru tgk bideo fatin buat live tu.
Nangis teresak-esak tp x de air mata pun
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 01:48 AM | Show all posts
gaduh la banyak2... choii dedua tersangkak gittuhh...
yang pasti waktu ni je artikel2 semua pasal theyols di buka...
bulan depan confirm sendu dah dan masing2 terjunam ke dalam lautan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
mawardia replied at 2-11-2022 01:29 AM
Adam kau ni dah la jgn buat statement.
Baidewey I ols baru tgk bideo fatin buat live tu.
Nangis tere ...

Kan..i tgk pun tak ada air mata...lalu dkt fyp i..btol ker dia nangis tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Laa 41 dah ke. Rentikanla
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2022 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kedua duanya settle problem demi anak2
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
minahgempal replied at 2-11-2022 01:57 AM
Kan..i tgk pun tak ada air mata...lalu dkt fyp i..btol ker dia nangis tu?

Wayang je lah dia. Berlakon, she wasnt crying pun. Pape pun, she's a bad actress.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2022 10:01 AM | Show all posts
yang penting dua2 haukkkk
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mawardia replied at 2-11-2022 01:29 AM
Adam kau ni dah la jgn buat statement.
Baidewey I ols baru tgk bideo fatin buat live tu.
Nangis tere ...

Dia tak tau ke Eye mo ada jual kt kedai?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 10:13 AM | Show all posts
jawa benar muka ko adam shazzzz... skrg ni apa keje dia? takde nampak berlakon dah kan.. kot ada berlakon drama2 sendu tak taula pulak kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.182373 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list