Pasangan suami isteri warga emas terpaksa meninggalkan 'taman karavan' yang didiami selama dua dekad selepas berada di situ secara haram.
Doug Davis, 73, dan pasangannya, Pam Donovan, 77, tinggal di taman karavan Welsh di Barry selama 21 tahun, membayar cukai majlis perbandaran ke atas karavan standard. Tetapi, berikutan penularan Covid-19 mendorong kerajaan Wales meminta penduduk taman karavan pulang ke rumah mereka sebelum menyedari ada yang tinggal di taman itu selama beberapa dekad, lapor Wales Online. Bekas pemilik taman Phil Edwards mendakwa orang ramai tinggal di tapak itu selama 10 bulan dalam tempoh setahun dalam karavan yang dibenarkan hanya untuk kediaman sekunder.
Malah, ada yang menjual rumah mereka untuk tinggal di taman itu yang kini dimiliki oleh Vale Holiday Parks dan ia yang menyalahi undang-undang United Kingdom sekiranya orang ramai tidak mempunyai kediaman tetap yang disenaraikan di tempat lain. Pam dan Doug adalah sebahagian daripada kumpulan komuniti yang tinggal di taman itu dan pada Jun lalu terpaksa melakukan penyelesaian mahkamah dengan bekas pemilik taman Edwards, menelan belanja beribu-ribu pound. Doug percaya pihak berkuasa sepatutnya sudah mengetahui karavan itu adalah kediaman tetap mereka kerana di situlah cukai majlis mereka didaftarkan. Lelaki berusia 73 tahun itu berkata, "Kami mempunyai surat daripada pegawai kesihatan alam sekitar pada Julai yang menyatakan ia hanya mendapat perhatian majlis semasa wabak. "Saya tidak dapat memikirkan bagaimana ia hanya akan berlaku pada ketika itu." Mengenang masanya di taman karavan, Pam mengingati 'saat indah' mereka, dengan pasangan itu kini menyewa flat bersama. "Ia adalah satu kejutan. Kami tidak percaya. Semua orang tahu kami tinggal di sana dan tiada apa yang dikatakan selama dua dekad." Doug meneruskan, "Setiap tahun saya pergi ke pejabat, membayar wang sewa untuk setiap tahun," katanya. Pasangan itu menambah, mereka tidak mengesyaki sebarang salah laku kerana pihak berkuasa menerima pembayaran cukai mereka. Sumber: Harian Metro |
Decaffeinated replied at 1-11-2022 10:43 AM
Pernah menginap kat caravan park sekali tengok neighbour sebelah siap ada tanam bunga
gigahertz replied at 1-11-2022 09:13 PM
Caravan ni kalau berak mcm mana ya?
gigahertz replied at 1-11-2022 09:13 PM
Caravan ni kalau berak mcm mana ya?
gigahertz replied at 1-11-2022 09:13 PM
Caravan ni kalau berak mcm mana ya?
kepompong replied at 1-11-2022 01:50 PM
dia pakai chemical toilet sis… nnt najis2 tu convert jadi bau oren (depends on chemical yg u beli ...
gigahertz replied at 2-11-2022 06:44 PM
Soalan penting.
Boleh cibuk pakai air tak?
kepompong replied at 1-11-2022 08:50 AM
dia pakai chemical toilet sis… nnt najis2 tu convert jadi bau oren (depends on chemical yg u beli ...
ninja9 replied at 2-11-2022 06:50 AM
aku saja nak tengok gambar park caravan ni
faraway1 replied at 3-11-2022 01:26 AM
Kalau kat park so toiket ada sambungan cam kat rumah direct pergi tangki kumbahan najis..
Macam ...
ADVERTISEMENT