Individu yang terlibat dalam video tular memijak serta merosakkan hiasan lantai tradisional sempena Deepavali di salah sebuah Hospital Pakar KPJ baru-baru ini telah digantung tugas sementara menunggu siasatan selesai.
KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) dalam satu kenyataan hari ini memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, khusus buat masyarakat kaum India susulan tindakan tidak bermoral kakitangannya itu. Katanya, sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan, pihaknya sentiasa menyantuni dan menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia.
“Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa KPJ Healthcare tidak membenarkan tindakan sedemikian dan sama sekali tidak mencerminkan budaya, nilai atau amalan kami. “Kami kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu ini dan pihak terbabit telah digantung kerja sementara menunggu siasatan lanjut. “Kami juga telah membuat laporan polis mengenai insiden tersebut dan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berkaitan perkara ini,” jelasnya. Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua kakitangan hospital berkenaan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kedua-dua suspek berusia 20-an dan 30-an itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini. Sumber: KOSMO! ONLINE |
cikatilia replied at 1-11-2022 11:25 AM
dah dpt keje tmpt elok2
baru 2 bulan dah buat taik
lattehazelnut replied at 1-11-2022 02:08 PM
Lah baru 2 bulan ke?
Surat confirmation pun ntah dpt ke x tah..
Nak apply kje baru susah nak carik ...
cikatilia replied at 1-11-2022 02:12 PM
aku baca dekat twitter
jap aku paste ayatnye
MsCinderella replied at 1-11-2022 02:16 PM
payah skit la nak cari kerja lepas ni...dah la viral satu malaysia...
ada rekod lak digantung tug ...
cikatilia replied at 1-11-2022 11:25 AM
dah dpt keje tmpt elok2
baru 2 bulan dah buat taik
ADVERTISEMENT