CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4486|Reply: 47

Individu Pijak Kolam Deepavali Di KPJ Digantung Tugas

[Copy link]
Post time 1-11-2022 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Individu yang terlibat dalam video tular memijak serta merosakkan hiasan lantai tradisional sempena Deepavali di salah sebuah Hospital Pakar KPJ baru-baru ini telah digantung tugas sementara menunggu siasatan selesai.


KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) dalam satu kenyataan hari ini memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, khusus buat masyarakat kaum India susulan tindakan tidak bermoral kakitangannya itu.




TikTok




Katanya, sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan, pihaknya sentiasa menyantuni dan menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia.


“Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa KPJ Healthcare tidak membenarkan tindakan sedemikian dan sama sekali tidak mencerminkan budaya, nilai atau amalan kami.


“Kami kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu ini dan pihak terbabit telah digantung kerja sementara menunggu siasatan lanjut.


“Kami juga telah membuat laporan polis mengenai insiden tersebut dan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berkaitan perkara ini,” jelasnya.







Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua kakitangan hospital berkenaan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kedua-dua suspek berusia 20-an dan 30-an itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini.




Sumber: KOSMO! ONLINE








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 10:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:31 AM | Show all posts
semua salah yg merekod dan mengupload..  hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak pakai t shirt dapig?

You stupid fool
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 11:02 AM | Show all posts
Oklah gantung kerja kalau kena pecat. Menggelupur la ko..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 11:08 AM | Show all posts
Kalau kucing ke budak2 pahamlah jugak. Ni dah berbulu pun lembam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2022 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena buang ke? Dah masuk lokap kan. Kalau tak kena buang mungkin demoted, freeze promotion, tak dpt bonus. Kpi underperform. Kena pegi program pemulihan akhlak yg dianjur syarikat. Kebodohan yg membawa padah. Kalau ada anak bini memang species jantan tagune.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 11:11 AM | Show all posts
nampak sangat mamat ni mental tak sihat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 11:17 AM | Show all posts
motip buat benda bodo?
then pegi rakam and upload pulak..berdabel2 bodo.
kes2 takde kesedaran sivik camni buang masa kena jail or denda.. better hantar buat khidmat masyarakat..
bersihkan kubur ke, tebas semak bawah flyover ke, bersihkan sampah2 kat sungai..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa kolam ni sangat cantik dan berseni.org berseni je boleh buat kot. Kalau boleh taknak hilangkan sampai raya tahun depan. Bodohla pijak kolam.lagi bodoh pi rakam dan viral.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 11:25 AM | Show all posts
Nak menyesal dah tak berguna lain kali berfikir sebelum bertindak
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 11:25 AM | Show all posts
dah dpt keje tmpt elok2
baru 2 bulan dah buat taik

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru first time nampak kolam ka, mesti bengang mak pak dia, baru keje dah buat jakun
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
cikatilia replied at 1-11-2022 11:25 AM
dah dpt keje tmpt elok2
baru 2 bulan dah buat taik

Lah baru 2 bulan ke?
Surat confirmation pun ntah dpt ke x tah..
Nak apply kje baru susah nak carik reference kalau mcm ni..

Kesian kebodohan menyerlah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 02:12 PM | Show all posts
lattehazelnut replied at 1-11-2022 02:08 PM
Lah baru 2 bulan ke?
Surat confirmation pun ntah dpt ke x tah..
Nak apply kje baru susah nak carik ...

aku baca dekat twitter

jap aku paste ayatnye

Replying to @ezwannnn
and @JatIkhwan


customer service je bang, baru kerja taksampai 2 bulan dah bangang
Translate Tweet



Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 02:13 PM | Show all posts
kat kampeni ai area lobby tu kolam dia kecik je.. jauh lagi kecik dari yang KPJ ni punya.. tapi pasang pagar siap . takut kena macam mamat ni buat lah kot .. maklumlah kat lobby ramai orang lalu lalang pastu peel pulak macam2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 02:16 PM | Show all posts
cikatilia replied at 1-11-2022 02:12 PM
aku baca dekat twitter

jap aku paste ayatnye

payah skit la nak cari kerja lepas ni...dah la viral satu malaysia...

ada rekod lak digantung tugas.....huhu kesian...(tp sbnrnya x kesian pun)
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 02:57 PM | Show all posts
MsCinderella replied at 1-11-2022 02:16 PM
payah skit la nak cari kerja lepas ni...dah la viral satu malaysia...

ada rekod lak digantung tug ...

kan.. nama muka tmpt belajo semua dah ketahuan

femes kerana benda yg teruk...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 03:33 PM | Show all posts
cikatilia replied at 1-11-2022 11:25 AM
dah dpt keje tmpt elok2
baru 2 bulan dah buat taik

kann susah nak masok kpj...byk gak benefit dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 03:36 PM | Show all posts
motif dia menimbulkan kekacauan ngan bangkitkan isu perkauman ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.076447 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list