Penyanyi, Tom tidak menolak kemungkinan akan kembali menyanyi kelab malam sekiranya tidak mendapat tawaran persembahan daripada mana-mana penganjur selepas tersingkir pada minggu ketujuh program Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan, malam Ahad.
Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram sebelum ini menetap di Langkawi selama empat tahun dan mencari sumber rezeki di pulau tersebut bersama dua anak di bawah jagaannya. Penyanyi berusia 36 tahun itu bagaimanapun, mengakui sudah boleh menarik nafas lega selepas mempunyai pengurus yang akan membantunya dalam menyusun segala jadual aktiviti seni.
“Tom sudah ada pengurus, malah tidak dinafikan, GV menjadi platform yang sangat bagus untuk memperkenalkan semula nama dan bakat. Tom juga mencari rumah sewa di Kuala Lumpur sebab sudah sampai masanya untuk aktif balik dalam nyanyian. “Tetapi, kalau tiada tawaran persembahan, Tom akan kembali menyanyi di kelab malam. Sampai sekarang, Tom rasa masih lagi belajar sebab banyak benda yang Tom tidak tahu mengenai muzik. “Kalau dahulu, Tom hanya menyanyi di kelab malam, tetapi selepas menyertai GV9, Tom mahu mendalami bidang seni suara dengan lebih profesional,” katanya. Mengulas mengenai penyingkirannya, Tom yang meraih markah 55.20 peratus menerusi lagu Akhirnya Kini Pasti, nyanyian asal Anita Sarawak, mengakui sedikit kecewa disebabkan gagal memberikan persembahan yang memuaskan hati juri profesional. Jelasnya, dia sebenarnya berhasrat untuk membawa lagu itu dengan nada lebih tinggi, namun terpaksa menuruti kehendak Datuk Ramli MS yang mencabar kemampuan dan kreativitinya dengan mengekalkan key asal. “Tom sebenarnya sudah putus asa, tetapi cuba juga buat yang terbaik. Kalau diikutkan, memang sangat sedih sebab tidak mampu hendak bersaing lagi. Malah, ketika sesi raptai, Tom memang dapat rasakan akan tersingkir. “Masalah ini tiada kaitan dengan seluar Tom yang hampir terlucut ketika persembahan. Ia disebabkan masalah key lagu dan agak menyesal juga kerana membawakan nada ini. Namun, kalau diikutkan, nyanyian Tom juga agak goyang,” katanya. Persaingan minggu ketujuh menyaksikan Bob menduduki tangga pertama dengan markah 85.60 peratus, diikuti Shila Hamzah (84.10) peratus dan Tomok (81.50) peratus. GV dihoskan Nabil Ahmad bersama Elly Mazlein, manakala Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap. Bagaimanapun, persaingan malam tadi menyaksikan Datin Marlia Musa menggantikan sementara tempat Syafinaz sebagai juri. Sumber: Utusan |
red_velvet replied at 1-11-2022 10:24 AM
Ummah fb kemain memuja2 tom ni.. kesian ibu tunggal lah, kesian anak lahir x de siapa azanlah, indus ...
red_velvet: Ummah fb kemain memuja2 tom ni ...
AWEKSAMURAI replied at 1-11-2022 12:10 PM
Hahahahahaha aritu kemain ckp tak nak nyanyi club dh lepas ni siap ckp... SELAMAT TINGGAL CLUB MALAM ...
matbad replied at 1-11-2022 11:20 AM
Berjimak dgn laki org tu depan wife mamat tu. Adoiiii nk maki xbaik.
red_velvet replied at 1-11-2022 10:24 AM
Ummah fb kemain memuja2 tom ni.. kesian ibu tunggal lah, kesian anak lahir x de siapa azanlah, indus ...
ADVERTISEMENT