CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2810|Reply: 24

Tom Kembali Ke Ke Kelab Malam Kalau Tiada Tawaran

[Copy link]
Post time 1-11-2022 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi, Tom tidak menolak kemungkinan akan kembali menyanyi kelab malam sekiranya tidak mendapat tawaran persembahan daripada mana-mana penganjur selepas tersingkir pada minggu ketujuh program Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan, malam Ahad.


Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram sebelum ini menetap di Langkawi selama empat tahun dan mencari sumber rezeki di pulau tersebut bersama dua anak di bawah jagaannya.




IG GV9




Penyanyi berusia 36 tahun itu bagaimanapun, mengakui sudah boleh menarik nafas lega selepas mempunyai pengurus yang akan membantunya dalam menyusun segala jadual aktiviti seni.


“Tom sudah ada pengurus, malah tidak dinafikan, GV menjadi platform yang sangat bagus untuk memperkenalkan semula nama dan bakat. Tom juga mencari rumah sewa di Kuala Lumpur sebab sudah sampai masanya untuk aktif balik dalam nyanyian.


“Tetapi, kalau tiada tawaran persembahan, Tom akan kembali menyanyi di kelab malam. Sampai sekarang, Tom rasa masih  lagi belajar sebab banyak benda yang Tom tidak tahu mengenai muzik.


“Kalau dahulu, Tom hanya menyanyi di kelab malam, tetapi selepas menyertai GV9, Tom mahu mendalami bidang seni suara dengan lebih profesional,” katanya.


Mengulas mengenai penyingkirannya, Tom yang meraih markah 55.20 peratus menerusi lagu Akhirnya Kini Pasti, nyanyian asal Anita Sarawak, mengakui sedikit kecewa disebabkan gagal memberikan persembahan yang memuaskan hati juri profesional.


Jelasnya, dia sebenarnya berhasrat untuk membawa lagu itu dengan nada lebih tinggi, namun terpaksa menuruti kehendak Datuk Ramli MS yang mencabar kemampuan dan kreativitinya dengan mengekalkan key asal.


“Tom sebenarnya sudah putus asa, tetapi cuba juga buat yang terbaik. Kalau diikutkan, memang sangat sedih sebab tidak mampu hendak bersaing lagi. Malah, ketika sesi raptai, Tom memang dapat rasakan akan tersingkir.




IG Tom




“Masalah ini tiada kaitan dengan seluar Tom yang hampir terlucut ketika persembahan. Ia disebabkan masalah key lagu dan agak menyesal juga kerana membawakan nada ini. Namun, kalau diikutkan, nyanyian Tom juga agak goyang,” katanya.


Persaingan minggu ketujuh menyaksikan Bob menduduki tangga pertama dengan markah 85.60 peratus, diikuti Shila Hamzah (84.10) peratus dan Tomok (81.50) peratus.


GV dihoskan Nabil Ahmad bersama Elly Mazlein, manakala Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap. Bagaimanapun, persaingan malam tadi menyaksikan Datin Marlia Musa menggantikan sementara tempat Syafinaz sebagai juri.




Sumber: Utusan








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 10:07 AM | Show all posts
ikut mung lah tom-tom bak...asal jangan bercakau rebut laki orang lagi sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade latu rezeki kalau jaga anak anak elok
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ummah fb kemain memuja2 tom ni.. kesian ibu tunggal lah, kesian anak lahir x de siapa azanlah, industri tolong bantu tom lah ....kes dia bergaduh  dgn pompuan mengandung tepi jalan sebab berebutkan laki org tu hype masa fb baru nak mendonia .. generasi fb waktu tu mungkin dah menua sekarang ni, dah lupa
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:27 AM | Show all posts
ikut mu lah tom3 bak. MInta maaf awak menyanyi tiada aura. Nak tgok pun tak lalu.  Dgn mulut herot sana sini.. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Semoga Tom Bak2 bjaya  ye
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:47 AM | Show all posts
bulan dpn, rasanya x timbul dh si tom tom ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 1-11-2022 10:24 AM
Ummah fb kemain memuja2 tom ni.. kesian ibu tunggal lah, kesian anak lahir x de siapa azanlah, indus ...

Ye ke..fuh sibaik la dh tersingkir

Nampaknya taktik dia jual citer sedih tu ada juga yg termakan ye
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:56 AM | Show all posts
I tak minat pun Tom ni....
so tak kisah la dia pi mana punnnnn....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet: Ummah fb kemain memuja2 tom ni ...

Berjimak dgn laki org tu depan wife mamat tu. Adoiiii nk maki xbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 11:29 AM | Show all posts
tapi rhoper dan penampilan tom pun memang nampak seperti asal usulnya di situ hahahahah jahat tak kalau iols kata gini....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahaha aritu kemain ckp tak nak nyanyi club dh lepas ni siap ckp... SELAMAT TINGGAL CLUB MALAM wakakakakkakaka confident menang ... Baru je aku ckp smlm kat laki aku lepas ni nyanyi club balik lah hahahaha .... Tadi laki aku kata Tom mcm dh buat rambut dreadlock balik je dh siap pakai suar pendek seksi2 balik hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 1-11-2022 12:10 PM
Hahahahahaha aritu kemain ckp tak nak nyanyi club dh lepas ni siap ckp... SELAMAT TINGGAL CLUB MALAM ...

acah baik masa dlm gv aje. Tahniah achik2  forum yg tetap pendirian tak suka tomtombak ni

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la Tom. Tempat mu mmg di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sila pulang ke kuburan
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 01:37 PM | Show all posts
Sorry Tom.. bye2..baguslah dh tersingkir..haha sbb memang tkde aura.  pakej nk nyanyi lagu rock2 je tapi suara tak rock & klr pun.harap menjerit tepi katil jelah kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 01:42 PM | Show all posts
Kenapa dgn seluar sheols?? Nak terlucut ke time perform hari tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 01:43 PM | Show all posts
matbad replied at 1-11-2022 11:20 AM
Berjimak dgn laki org tu depan wife mamat tu. Adoiiii nk maki xbaik.

Tu lah kifarah dah sampai kat dia
Hidup tak tentu arah merempat...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa gambo baju merah tu nampak mcm dia kerdil plak?

Btw dah tersingkir eh? Hrp takde la undi masuk sbb katanya dia mmg sokmo bottom 3 kan? So tak berbaloi la nak masukkan balik.
Btw iols tk tgk GV tahun ni, maybe tgk masa final jela kot itu pun kalau tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 1-11-2022 10:24 AM
Ummah fb kemain memuja2 tom ni.. kesian ibu tunggal lah, kesian anak lahir x de siapa azanlah, indus ...

Peliklaa padahal acik2 je yg ada kat fb tu gamaknya dorang nih mmg jenis pelupa or tak kenal dia kot sblm nih.
Sudah2 la nk kesian ngan artis, tiap kali GV mesti ada slot “Bersamamu” pastu semua pakat kesian bagai.
Takat nih cuma arwah kak dib je iols rasa layak dikasihani.
Dia jujur dan humble je sepanjang pertandingan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
So dia mmg bkn penyanyi versatile
Masalahnya ko nyanyi irama rock pun ke laut. Trying hard sgt nk tunjuk rock.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.064819 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list