Aktres veteran, Jaya Bachchan yang juga isteri kepada superstar legenda, Amitabh Bachchan mengakui tidak kisah jika cucu perempuannya, Navya Neveli Nanda mempunyai anak luar nikah.
Jaya Bachchan yang cukup akrab dengan cucunya itu menyatakan perkara itu dalam podcast Navya, What The Hell Navya yang bertajuk 'Modern Love: Romance & Regrets' baru baru ini. Dalam temu bual tersebut, Jaya menekan kepentingan keintiman hubungan fizikal dan berpendapat semua orang tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang tabu kerana ia adalah kunci kepada hubungan yang berpanjangan.
Menurut Jaya, sesebuah hubungan tidak akan mampu bertahan dengan bersandarkan cinta dan penyesuaian diri semata-mata, sebaliknya ia harus dilakukan secara eksperimen. Katanya lagi, pada zaman dulu, mereka tidak boleh melakukannya (eksperimen) tetapi generasi hari ini mempunyai kebebasan untuk berbuat demikian. “Mengapa tidak kerana ia penting untuk memastikan hubungan mereka bertahan lama. Jika tidak mempunyai hubungan fizikal, ia tidak akan bertahan dan anda tidak boleh bersandarkan dengan cinta dan penyesuaian diri semata-mata,” katanya. Jaya selanjutnya memberitahu bahawa situasi generasi muda hari ini amat berbeza dengan zaman selepas dia dan anak perempuannya, Shweta Bachchan. “Ramai yang melakukan hubungan fizikal tetapi kemudian berasa bersalah. Tidak apa jika anda melakukannya dan kemudian berasakan hubungan anda tidak ke mana. Anda hanya perlu menerimanya. “Tetapi, mengapa perlu menjadi hipokrit? Setiap gadis muda melaluinya dan mereka merahsiakannya daripada keluarga mereka. “Mungkin, mereka tidak mahu memperkatakan tentang hubungan fizikal mereka tetapi mengapa ia seharusnya menjadi tabu di kalangan kita semua?,” soalnya. Jaya turut memberikan nasihat yang berguna buat generasi muda hari ini. “Oleh kerana terdapat kekurangan emosi dalam percintaan hari ini. Saya fikir anda harus berkahwin dengan sahabat anda. “Anda harus mempunyai kawan yang baik, anda harus berbincang dan berkata: “Mungkin saya ingin mempunyai anak dengan anda kerana saya suka anda, saya rasa anda baik, jadi mari kita berkahwin. “Tapi, saya juga tidak mempunyai masalah jika anda mempunyai anak tanpa perkahwinan. Saya tiada masalah,” katanya yang turut menunjukkan perkara tersebut kepada cucunya. Sumber: Getaran |
KamikuP replied at 1-11-2022 12:49 PM
Amboi nenek bagi lampu hijau kat cucu kalau nak bereksperimen hubungan intim. Ataok Amitabh tak mara ...
delia3003 replied at 2-11-2022 08:26 PM
Tak bagi lampu hijau pun ramai buat jugak, sex luar nikah ni masih taboo lagi kat sana. Point dia ...
marchikobonzo replied at 1-11-2022 01:55 PM
Open mindednya opah ni!
Page88 replied at 2-11-2022 04:54 PM
Not exactly what you are thinking, because the popular trend in Bollywood (or Indian Cinema Indust ...
ADVERTISEMENT