Seekor ular sawa yang bersaiz besar memasuki enjin sebuah kereta sehingga pemandunya terpaksa meminta pertolongan daripada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mengeluarkannya.
Rata-rata netizen di TikTok terhibur melihat telatah para anggota JPAM yang bertungkus-lumus menarik ular tersebut keluar dan menyifatkan gelagat mereka seakan-akan bermain tarik tali sahaja. “Mereka sedang bermain tarik tali tetapi kali ini dengan menggunakan ular. Empat orang menentang seekor ular, agaknya tenaga siapa yang lebih kuat,” komen seorang pengguna. “Ular sawa sememangnya kuat. Bahkan, kadang-kadang tidak lut meskipun sudah lima orang yang menariknya. Sebab itu, mangsa cepat lemas ketika dibelit. Seriau melihatnya,” ulas seorang lagi pengguna.
Dalam pada itu, terdapat juga warga maya yang bersenda dan ada juga yang tertanya-tanya bagaimana agaknya ular tersebut boleh memasuki kereta berkenaan. “Bersangka baik. Mungkin ular itu sudah penat dan malas menjalar sebab tidak berkaki. Maka itu, dia terpaksa menumpang kereta untuk pergi ke destinasi yang hendak dituju,” seloroh seorang pengguna. “Risaunya. Bagaimana pemilik mendapat tahu bahawa terdapat ular dalam enjin keretanya? Adakah kereta tidak dapat dihidupkan?” ujar seorang lagi pengguna yang dibelenggu pertanyaan. Susulan itu, ada pengguna yang mempersoalkan mengapa tidak hanya menghidupkan enjin kereta bagi mengusir ular tersebut. -CARI Sumber: Kosmo |
sangbara2020 replied at 31-10-2022 03:51 PM
penah dlu ular sawa remaja duk atas enjin kete aku
dh bwk kua drp rumah nak g repair apa tah sampai ...
sangbara2020 replied at 31-10-2022 03:51 PM
penah dlu ular sawa remaja duk atas enjin kete aku
dh bwk kua drp rumah nak g repair apa tah sampai ...
Skuau replied at 31-10-2022 04:51 PM
baru pertama kali dgr...Ulau sawo REMAJA.
dudaberhias replied at 31-10-2022 05:07 PM
mesti terkejut beruk apek tu hahaha...
mujur ular sawa remaja... kalau ular sawa kertu dan ular sa ...
ADVERTISEMENT