CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1204|Reply: 12

Video Tular: Ular Sawa Tumpang Naik Kereta, 4 Orang Tarik Pun Tak Nak Keluar

[Copy link]
Post time 31-10-2022 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Seekor ular sawa yang bersaiz besar memasuki enjin sebuah kereta sehingga pemandunya terpaksa meminta pertolongan daripada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mengeluarkannya.


Rata-rata netizen di TikTok terhibur melihat telatah para anggota JPAM yang bertungkus-lumus menarik ular tersebut keluar dan menyifatkan gelagat mereka seakan-akan bermain tarik tali sahaja.


Foto: Tiktok




“Mereka sedang bermain tarik tali tetapi kali ini dengan menggunakan ular. Empat orang menentang seekor ular, agaknya tenaga siapa yang lebih kuat,” komen seorang pengguna.


“Ular sawa sememangnya kuat. Bahkan, kadang-kadang tidak lut meskipun sudah lima orang yang menariknya. Sebab itu, mangsa cepat lemas ketika dibelit. Seriau melihatnya,” ulas seorang lagi pengguna.







Dalam pada itu, terdapat juga warga maya yang bersenda dan ada juga yang tertanya-tanya bagaimana agaknya ular tersebut boleh memasuki kereta berkenaan.


“Bersangka baik. Mungkin ular itu sudah penat dan malas menjalar sebab tidak berkaki. Maka itu, dia terpaksa menumpang kereta untuk pergi ke destinasi yang hendak dituju,” seloroh seorang pengguna.




“Risaunya. Bagaimana pemilik mendapat tahu bahawa terdapat ular dalam enjin keretanya? Adakah kereta tidak dapat dihidupkan?” ujar seorang lagi pengguna yang dibelenggu pertanyaan.


Susulan itu, ada pengguna yang mempersoalkan mengapa tidak hanya menghidupkan enjin kereta bagi mengusir ular tersebut. -CARI


Sumber: Kosmo




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2022 03:15 PM | Show all posts
kena panggil juara acara tarik tali baru dia senang keluar agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 03:51 PM | Show all posts
penah dlu ular sawa remaja duk atas enjin kete aku
dh bwk kua drp rumah nak g repair apa tah sampai bengkel tu bukak bonet depan
apek tu xnak campo uolls ulaq kat kete aku...
aku beriye la tpon jpm,..dlm2 jpm nk sampai ade la ane tu dtg tgkap..bw balik..katanya nak bela..
sampai kesudah aku xpegi dh bengkel tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mane bidio??
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sangbara2020 replied at 31-10-2022 03:51 PM
penah dlu ular sawa remaja duk atas enjin kete aku
dh bwk kua drp rumah nak g repair apa tah sampai  ...

baru pertama kali dgr...Ulau sawo REMAJA.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 05:07 PM | Show all posts
sangbara2020 replied at 31-10-2022 03:51 PM
penah dlu ular sawa remaja duk atas enjin kete aku
dh bwk kua drp rumah nak g repair apa tah sampai  ...

mesti terkejut beruk apek tu hahaha...
mujur ular sawa remaja... kalau ular sawa kertu dan ular sawa andartu pulak macam mana rhopernya yach
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2022 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jadi macam cerita  Monster Trucks kut
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena bagi ular tu lemah dulu...sembur serbuk lada kat muka dia je....klau geng jpam diorg mintak ridsect nk sembur kat muka ular tu baru diorg tangkap....bagi pening dlu katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 07:30 AM | Show all posts
Skuau replied at 31-10-2022 04:51 PM
baru pertama kali dgr...Ulau sawo REMAJA.

dia xkecik n xbesau nau.....remaja lah...tp bukan kekanak ribena...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 07:33 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 31-10-2022 05:07 PM
mesti terkejut beruk apek tu hahaha...
mujur ular sawa remaja... kalau ular sawa kertu dan ular sa ...

kalau yg kertu mcm anakonda yach....
kalau hat tu duduk ataih enjin kete aku mau roboh...pepagi nak start xleh,skli aku bukak bonet depan terus kena ngap..
xde la aku rini...kohkoh...sekian cerita anakonda xterekod drp aku pepagi nan gerimis mengundang yach...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 07:36 AM | Show all posts
mujur ular sawa stok2 pemalas. Kalau king cobra rasanya dengan kereta2 tu terjun longkang
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 07:48 AM | Show all posts
besarnya ular... teringat kes aiman tino ada ular masuk kete dia. ularnya halus je, tp kecoh seantero malaya
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 11:20 AM | Show all posts
tacoddddddddd
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.206778 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list