Ketua Saluran Astro Ria, Prima dan Warna, Norzeha Mohd Salleh memberitahu, pengacara Gegar Vaganza 9 (GV9) Elly Mazlein atau Kak Lina sendiri yang mahu melunaskan tugasnya pada konsert minggu ketujuh biarpun dalam keadaan lutut yang tercedera.
Norzeha berkata, pihak produksi sedar tentang keadaan kesihatan Kak Lina dan sentiasa memastikan pengacara itu berada dalam keadaan yang baik ketika konsert berlangsung. “Saya mendapat makluman daripada pihak produksi yang Kak Lina memang mengalami kecederaan pada lututnya. Tetapi, menurut pihak produksi, Kak Lina bersungguh mahu jayakan tugasannya sebagai pengacara konsert GV9 pada malam ini.
"Kak Lina memang komited terhadap kerja. Biar apa pun berlaku, dia pasti akan buat yang terbaik,” katanya kepada Gempak. Norzeha menambah, keadaan Kak Limna yang pada awalnya berkerusi roda dan kemudian mampu berdiri bukanlah satu gimik untuk menarik perhatian penonton. “Tiada istilah gimik. Dia memang cedera ketika menjalani penggambaran Gila Viral untuk Astro Warna. “Ketika itu, lututnya ‘meletup’. Apa pun, kami berbangga dengan Kak Lina kerana dia mampu untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai pengacara dengan baik. Sebelum ini, Elly berkongsi foto di laman sosial memperlihatkan keadaan lututnya yang tercedera ketika sedang menjalani penggambaran. Sumber: GEMPAK |
Harley_Quinn replied at 31-10-2022 02:36 PM
Suka tgk msa Tom tesingkir, Kak Lina peluk then ckp something.
Mayb nk bg kata smgt kt Tom.
September14 replied at 31-10-2022 03:25 PM
Dia mmg suka kwn dgn tom kan start mngu first berlari dia sambut tom bila tom dpt lagu…
ADVERTISEMENT