CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Lelaki Pecah Masuk Stor Makanan Curi Sosej, Isi Ketam Bernilai RM30

30-10-2022 06:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1365| Komen: 10

Tindakan dua lelaki memecah masuk sebuah stor makanan di Kampung Ampang Campuran, mengundang padah apabila mereka ditahan pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian jam 3 pagi, seorang wanita berusia 38 tahun terdengar bunyi bising di sebelah rumahnya selepas suspek disyaki menendang gril di stor berkenaan.


Gambar hiasan

"Wanita itu kemudian mengintai dan mendapati dua lelaki tempatan memecah masuk stor tersebut sebelum melaporkan kepada polis," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, sepasukan polis berjaya menahan dua lelaki berusia 21 dan 22 tahun yang juga jiran kepada pengadu pada jam 6 pagi.

Motif kedua-dua suspek yang juga penganggur memecah masuk stor itu adalah untuk mencuri makanan.

"Polis turut merampas dua peket makanan iaitu sosej dan isi ketam dianggarkan bernilai RM30," katanya.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati hanya salah seorang suspek mempunyai satu rekod jenayah.

"Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula Sabtu hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun keseksaan," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 30-10-2022 07:37 PM
Rm30 punya pasal.. Ntah baper lama kena masuk ke dalam
Quote orangbiasaje 30-10-2022 08:21 PM
Mungkin tu yg diorg mahu. Dpt duduk makan free.
Quote buapakperut 30-10-2022 08:41 PM
Kerana isi ketam meringkuk di lokap
Quote LautBiru52 30-10-2022 09:35 PM
Nak masak megi agaknya. Tak berbaloi betul kena tanggap sebab rm30
Quote margo20 30-10-2022 10:04 PM
G rembat processed food lak tu tak baloi lgsg
Quote CiliPadiSedap 30-10-2022 11:03 PM
Sosej ketam.. lg kenyang dari makan ketam tulang keras
Quote imransulaiman 30-10-2022 11:27 PM
Kalau isi ketam yang belang merah putih tu bukan ada isi ketam sebenar pun... Hmmmmmm kesian
Quote Page88 30-10-2022 11:29 PM
Hhhmmm....
Quote Highflyer19 31-10-2022 01:54 AM
Tak berbaloi...
Quote che-cikL 31-10-2022 02:29 AM
Maka, kedua2nya jadi ada rekod jenayah. Sedih dikkk, terjebak sebab lapar ketam malam2.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.192127 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top