View: 991|Reply: 10
|
2 Lelaki Pecah Masuk Stor Makanan Curi Sosej, Isi Ketam Bernilai RM30
[Copy link]
|
|
Tindakan dua lelaki memecah masuk sebuah stor makanan di Kampung Ampang Campuran, mengundang padah apabila mereka ditahan pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian jam 3 pagi, seorang wanita berusia 38 tahun terdengar bunyi bising di sebelah rumahnya selepas suspek disyaki menendang gril di stor berkenaan.
 Gambar hiasan
"Wanita itu kemudian mengintai dan mendapati dua lelaki tempatan memecah masuk stor tersebut sebelum melaporkan kepada polis," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, sepasukan polis berjaya menahan dua lelaki berusia 21 dan 22 tahun yang juga jiran kepada pengadu pada jam 6 pagi.
Motif kedua-dua suspek yang juga penganggur memecah masuk stor itu adalah untuk mencuri makanan.
" olis turut merampas dua peket makanan iaitu sosej dan isi ketam dianggarkan bernilai RM30," katanya.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati hanya salah seorang suspek mempunyai satu rekod jenayah.
"Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula Sabtu hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun keseksaan," katanya.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Rm30 punya pasal.. Ntah baper lama kena masuk ke dalam |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin tu yg diorg mahu. Dpt duduk makan free. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerana isi ketam meringkuk di lokap |
|
|
|
|
|
|
|
Nak masak megi agaknya. Tak berbaloi betul kena tanggap sebab rm30 |
|
|
|
|
|
|
|
G rembat processed food lak tu tak baloi lgsg |
|
|
|
|
|
|
|
Sosej ketam.. lg kenyang dari makan ketam tulang keras |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau isi ketam yang belang merah putih tu bukan ada isi ketam sebenar pun... Hmmmmmm kesian |
|
|
|
|
|
|
|
Maka, kedua2nya jadi ada rekod jenayah. Sedih dikkk, terjebak sebab lapar ketam malam2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|