Seorang lelaki meninggal dunia selepas pengsan ketika mendaki Gunung Pulai di Kampung Sri Gunung Pulai di sini pada Ahad.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairil Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.49 pagi. Menurutnya, seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
"Mangsa dikenali Tee Kok Soon, 55, dipercayai mendaki secara berkumpulan ke puncak Gunung Pulai, namun ketika lebih kurang 300 meter pendakian, lelaki itu pengsan. "Pihak bomba membantu membawa turun mangsa ke kaki gunung dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. Mohd Khairil berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow dalam satu kenyataan ringkas mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian. Sumber: Sinar Harian
|
dua_chzy: Kalau tau dah vaksin berdos2 t ...
Belibis replied at 30-10-2022 01:40 PM
Boleh tak jangan cuba kaitkan dengan air suci..??? Dah ajak khennnn.[em:22:]
rogayahtop replied at 30-10-2022 06:49 PM
Takziah.
Takut dgr umur 40an 50an meninggal masa exercise ni.
kakikuDibibirmu replied at 31-10-2022 06:32 AM
Terpaksalah daki gunung bini atas katil
juruterra replied at 31-10-2022 08:54 AM
dah dua kali kes hiking meninggal...kawan suami saya meninggal masa naik gunung tahan. sihat je sebe ...
juruterra replied at 31-10-2022 08:54 AM
dah dua kali kes hiking meninggal...kawan suami saya meninggal masa naik gunung tahan. sihat je sebe ...
rogayahtop replied at 30-10-2022 06:49 PM
Takziah.
Takut dgr umur 40an 50an meninggal masa exercise ni.
ADVERTISEMENT