Selebriti media sosial yang sering mencetuskan kontroversi, Lucinta Luna mengakui, hidupnya kini agak sunyi dan kosong.
Lucinta berkata, dia perlukan seseorang di sisi bagi membantu menaikkan kembali semangatnya. Walaupun sering dilihat gembira di khalayak ramai, transgender itu sebenarnya keseorangan dan disebabkan itu dia mempunyai perancangan untuk berhijrah ke luar negara. Dia juga membayangkan mahu berkahwin dalam tempoh lima tahun akan datang dan tinggal di luar negara serta mengambil anak angkat.
“Saya nak habiskan hidup di sana. Jika diberi pilihan, saya mahu ke Jerman terlebih dahulu sebelum netizen mengenali saya,” katanya menerusi temu bual di YouTube. Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Muhammad Fatah juga sudah serik menjadi mangsa buli dan hinaan warga maya sehingga memberikan tekanan kepadanya. Katanya, dia sudah melakukan terbaik untuk diterima sebagai wanita, namun tetap tidak dapat memuaskan hati netizen. Julai lalu, Lucinta pernah mencetuskan kontroversi selepas memaklumkan menjalani pembedahan membuang halkum di Hospital Busan, Korea Selatan. Pembedahan plastik itu dilaporkan berjalan lancar dan Lucinta membuat siaran langsung dalam akaun TikTok, meskipun dia belum pulih sepenuhnya. Anak kelapan daripada sembilan beradik itu mengalami kesukaran untuk makan akibat pembedahan tersebut dan hanya mampu menelan betik ketika itu. Selebriti ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang agak susah di Jakarta pada 16 Jun 1989. Sumber: Utusan
|
Perawankota replied at 30-10-2022 08:46 PM
Off semua socmed.. Barulah rak rasa kena buli
Afifi82 replied at 31-10-2022 12:33 AM
Pi la ikut Sajat.
honeybee1802 replied at 3-11-2022 09:51 AM
Haha..peelnya sama dgn sajat kan..
PanadolExtend replied at 2-11-2022 04:42 PM
Apa jadi dgn bf mat salleh yang buntingkan heshe tu
Prickford replied at 3-11-2022 03:14 PM
haha ingat la masa ni heshe ngaku tipu konten semata2. Masa ni heshe kata boipren heshe ingat hesh ...
ADVERTISEMENT