CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Krisdayanti & Ashanty Terlalu Melindungi Cucu Sampai Aurel Rasa Macam Ibu 'Tak Guna'

29-10-2022 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2152| Komen: 2

Description: Penyanyi Aurel Hermansyah berasa seperti dikongkong ibu sendiri selepas melahirkan cahaya mata sulung Ameena Hanna Nur Atta.
Penyanyi Aurel Hermansyah berasa seperti dikongkong ibu sendiri selepas melahirkan cahaya mata sulung Ameena Hanna Nur Atta.

Aurel, 24, berkata, ibunya Krisdayanti dan ibu tiri, Ashanty disifatkan sebagai terlalu bersikap melindungi terhadap Ameena sehingga adakalanya dia berasa terpinggir.


Suara

"Kadang-kadang saya rasa nak marah sebab nenek-nenek Ameena keterlaluan dalam melindunginya seperti seolah-olah saya tidak tahu menguruskannya.

"Saya sebagai seorang ibu tahu bagaimana hendak menguruskan anak sendiri," kata isteri YouTuber terkenal, Atta Halilintar berkenaan.


Pun begitu, Aurel tetap bersyukur kerana kedua-dua ibunya itu cukup sayang kepada anaknya dan sering mengambil berat tentang semua hal berkaitan cucu pertama mereka itu.


IG Aurel

"Nenek-nenek Ameena memang keterlaluan tetapi saya bersyukur kerana mereka berdua selalu memberi perhatian kepada anak saya dan tidak pernah melakukan apa-apa tanpa kebenaran saya," katanya.

Seperti Krisdayanti yang menetap di Timor Leste sering berkunjung ke Jakarta untuk melawat cucunya itu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 30-10-2022 09:35 AM
Aurel ko pkai kemas2 gitu nampak la elok tidak manjang muncul video ko pakai baju ketat sendat tersembul semua menda.
Pastu yg rakam tu laki sendri plak tu..
Quote Sazreena 1-11-2022 01:31 PM
Tomey dak ameena ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.037920 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top