Pasangan usahawan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersyukur kerana setakat ini, mereka jarang berdepan masalah besar berhubung isu agen atau penjual (reseller) yang memegang produk terlalu lama hingga merekodkan kerugian besar.
Menurut Wawa, dia dan pasukan sama-sama percaya dengan rezeki selain sokongan berterusan daripada para pengguna yang selama ini setia dengan produk keluaran Wawa Cosmetics. “Penjual (reseller) memang akan pegang stok, merekalah yang beli dan akan ada barangan itu terlebih dulu. Akan tetapi bagi saya, kenapa ada yang begitu yakin untuk ambil stok yang banyak mungkin sebab mereka sudah tahu ia akan habis dekat tangan.
“Malah ada juga yang rasa rugi kalau tak ambil dalam kuantiti tertentu sebab macam contoh, kalau ambil dalam 5,000 unit insyaAllah akan habis. Baru-baru ini misalnya salah seorang reseller kami dalam masa tiga hari saja dia punya ‘beg kuning’ di TikTok lebih 11,000 unit terjual,” katanya. Sementara itu bagi Aeril, jika ada stok daripada mana-mana agen yang ‘sold out’, ada rakan lain yang sudi membantu menjual produk yang masih berbaki. “Tambahan pula kalau fikir logik, kalau mereka beli banyak dan ada ‘simpan’ pada mereka sahaja, macam mana nak buat pusingan modal? Cuma saya tidak nafikan mungkin adalah juga agen yang pegang stok lama, tapi tidak boleh nak salahkan HQ seratus peratus. “Banyak faktor yang menyebabkan situasi itu terjadi. Tapi kenapa ada yang lain boleh jual hingga belas ribu unit, kalau ada yang pegang stok dalam kuantiti sedikit tapi bercakap itu ini. Rasanya perlu lakukan sesuatu yang lebih baik dari segi strategi jualan juga. “Yang bagusnya, para penjual turut sokong antara satu sama lain. Amalan itu memang menjadi amalan di antara team kami. Cuma setakat ini agen, reseller kami yang paling aktif sekitar 500 orang begitu,” katanya lagi. Aeril dan Wawa berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Wawa Fruity Candy Liptint di Boat House, Ampang, Selangor pada Selasa. Sementara itu, mereka turut berbangga apabila kini berjaya melahirkan 10 usahawan berstatus jutawan sejak memulakan perniagaan empat tahun lalu, termasuk yang berjaya menempuh fasa pandemik Covid-19. Wawa berkata, dia dan suami sentiasa memikirkan cara untuk memastikan mereka mampu mencipta kejayaan bersama peniaga setia yang kekal percaya dengan produk keluaran mereka.
|
shalalat: Tudung dia ni ok ke? Sbb tudun ...
shalalat replied at 30-10-2022 08:28 PM
Tudung dia ni ok ke? Sbb tudung faz keras kejung
ina_na replied at 30-10-2022 05:05 PM
Btl2 bgs ke produk dia ni..btl ke x nak msk dlm Watson guardian sbb nak jaga agent bawah dia..
siasia replied at 30-10-2022 10:08 PM
X nak masuk watson n guardian, why?
Patutnya masuk la sbb aku ni jd sakit mata n ati tgk produk w ...
shalalat replied at 30-10-2022 08:28 PM
Tudung dia ni ok ke? Sbb tudung faz keras kejung
solarlunar replied at 30-10-2022 09:25 PM
Wardah tu from Indonesia kan??? Sbb tu ke you sakit hati ke
ADVERTISEMENT