View: 3735|Reply: 38
|
'Reseller Yakin Ambil Stok Berlambak Sebab Tahu Akan Habis Dekat Tangan' - Wawa
[Copy link]
|
|
Pasangan usahawan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersyukur kerana setakat ini, mereka jarang berdepan masalah besar berhubung isu agen atau penjual (reseller) yang memegang produk terlalu lama hingga merekodkan kerugian besar.
Menurut Wawa, dia dan pasukan sama-sama percaya dengan rezeki selain sokongan berterusan daripada para pengguna yang selama ini setia dengan produk keluaran Wawa Cosmetics.
MH
“Penjual (reseller) memang akan pegang stok, merekalah yang beli dan akan ada barangan itu terlebih dulu. Akan tetapi bagi saya, kenapa ada yang begitu yakin untuk ambil stok yang banyak mungkin sebab mereka sudah tahu ia akan habis dekat tangan.
“Malah ada juga yang rasa rugi kalau tak ambil dalam kuantiti tertentu sebab macam contoh, kalau ambil dalam 5,000 unit insyaAllah akan habis. Baru-baru ini misalnya salah seorang reseller kami dalam masa tiga hari saja dia punya ‘beg kuning’ di TikTok lebih 11,000 unit terjual,” katanya.
MH
Sementara itu bagi Aeril, jika ada stok daripada mana-mana agen yang ‘sold out’, ada rakan lain yang sudi membantu menjual produk yang masih berbaki.
“Tambahan pula kalau fikir logik, kalau mereka beli banyak dan ada ‘simpan’ pada mereka sahaja, macam mana nak buat pusingan modal? Cuma saya tidak nafikan mungkin adalah juga agen yang pegang stok lama, tapi tidak boleh nak salahkan HQ seratus peratus.
“Banyak faktor yang menyebabkan situasi itu terjadi. Tapi kenapa ada yang lain boleh jual hingga belas ribu unit, kalau ada yang pegang stok dalam kuantiti sedikit tapi bercakap itu ini. Rasanya perlu lakukan sesuatu yang lebih baik dari segi strategi jualan juga.
“Yang bagusnya, para penjual turut sokong antara satu sama lain. Amalan itu memang menjadi amalan di antara team kami. Cuma setakat ini agen, reseller kami yang paling aktif sekitar 500 orang begitu,” katanya lagi.
MH
Aeril dan Wawa berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Wawa Fruity Candy Liptint di Boat House, Ampang, Selangor pada Selasa.
Sementara itu, mereka turut berbangga apabila kini berjaya melahirkan 10 usahawan berstatus jutawan sejak memulakan perniagaan empat tahun lalu, termasuk yang berjaya menempuh fasa pandemik Covid-19.
Wawa berkata, dia dan suami sentiasa memikirkan cara untuk memastikan mereka mampu mencipta kejayaan bersama peniaga setia yang kekal percaya dengan produk keluaran mereka.
“Alhamdulillah kerana semua peniaga sentiasa memberikan kepercayaan dan menyokong kami sejak mula berniaga sehingga ke hari ini.
“Bagi kami, ia juga satu tanggungjawab bagi kami untuk menghasilkan produk berkualiti dan boleh jual bagi memastikan mereka dan kami sama-sama dapat mencari pendapatan,” kata Wawa.
Sumber: Media Hiburan
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada tak forummer dalam ni yg jadik reseller dia? Nak tau jugak memang laku ke produk2 dia |
|
|
|
|
|
|
|
Btl2 bgs ke produk dia ni..btl ke x nak msk dlm Watson guardian sbb nak jaga agent bawah dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Xpenah dengar pun produk dia ni. Yg tau coklat tu penama tah. Sbb kawan jadi reseller. Xtau pecite dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Yekeee? Sedara iols kemain sakan promot produk sheols tengok masih ada stok lama. Kesian |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pun boleh lepas masuk watson tak boleh nak ketuk rege. Dgn agen boleh set mcm2 terms minimum order, lepas tu tak laku korek lubang tanam produk sampah
Baiklah beli produk2 dekat watsons tu Safi, Wardah, aiken tu semua mampu milik & mmg ada kilang, ada lab, ada QC. |
|
|
|
|
|
|
|
ada anak sorang forumer anak2 dia semua sepsyen muka, tapi muka mix lah. untunglah |
|
|
|
|
|
|
|
kalau masuk brand punya tempat kena bagi kredit. cash flow sangkut game runcit retail hypermarket bukan untuk semua peniaga.
kalau nak cash laju main game stokis agent dropship atau jual sendiri. memang cash laju.
|
|
|
|
|
|
|
|
eww fesyen apa acik wawa pakai ni? nak lawan cik b kerr?
aeril pon terus nampak kepam bila fesyen hauk gini |
|
|
|
|
|
|
|
Tudung dia ni ok ke? Sbb tudung faz keras kejung |
|
|
|
|
|
|
|
shalalat: Tudung dia ni ok ke? Sbb tudun ...
Bukan ramai kata tudung faz senang bentuk ke |
|
|
|
|
|
|
|
shalalat replied at 30-10-2022 08:28 PM
Tudung dia ni ok ke? Sbb tudung faz keras kejung
Iolls minat nak beli tudung Faz, tapi bila pegi kedai & pegang Kain..mcm keras. Lps tu tgk yg jaga kedai tu pakai tudung lawa. Tanya la..brand apa. Rupanya brand Wawa. iolls xtahu Wawa ada jual tudung. So try la beli sbb kainnya best & corak not bad. Bukan sbb Wawa/aeril la.. dedua xminat. Tp review jujur ikhlas...Kain best, corak lawa, jahitan kemas. mmg iolls suka la tudung Wawa. Looking forward utk tggu corak2 baru. So far dah basuh berkali2 siap masuk washing machine, masih menten kualiti Kain nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sape yg beli produk derang ni blm.pernah npk sedara mara ,kwn2 pakai peiduk wawa nih |
|
|
|
|
|
|
|
Kwn aku jual produk wawa ni so far mmg ade sambutan selalu je habis tp aku tak pernah pulak cuba |
|
|
|
|
|
|
|
Haritu ada dua beradik naik kereta wira dtg area rumah kami jual kosmetik wawa ni. Beria laa merayu soh beli sebab dia kata stok banyak lagi. Tp iolls x beli pun sebab memang tak pakai |
|
|
|
|
|
|
|
Kepam nye fesen dua org nie
Rezeki die anak2 comey belake |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 30-10-2022 05:05 PM
Btl2 bgs ke produk dia ni..btl ke x nak msk dlm Watson guardian sbb nak jaga agent bawah dia..
X nak masuk watson n guardian, why?
Patutnya masuk la sbb aku ni jd sakit mata n ati tgk produk wardah mendunia tau. SimplySiti pun mcm x berapa nak idup. So kalau ada produk lokal yg boleh masuk pasaran mcm ni mmg la bagus.
Tp kalau produk timbang kilo hurmmm
**Sorry tertekan report sbb nk reply sebenarnya butang tu duk rapat2 sgt aihh
|
|
|
|
|
|
|
|
Wardah tu from Indonesia kan??? Sbb tu ke you sakit hati ke
|
|
|
|
|
|
|
|
shalalat replied at 30-10-2022 08:28 PM
Tudung dia ni ok ke? Sbb tudung faz keras kejung
I ada satu tudung Neelofa yg square tu...i sukalah...kalah my ariani square yg rege ratus lebih.... |
|
|
|
|
|
|
|
solarlunar replied at 30-10-2022 09:25 PM
Wardah tu from Indonesia kan??? Sbb tu ke you sakit hati ke
Aah.. Tatau la napa mmg ada rasa anti sikit bila tgk tu. Kalau Watson sana x kesahlah tp bila tgk kat sini rs mcm eeeee.
Sama perasaannya bila lalu tgk sana sini ada kedai makan penyett.. Cibiuk la ole ole bali tah apa apa la. X dinafikan la sedap even kdg suka je makan tp still ada rasa mcm pffttt..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|