CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ziana Zain Dedah Perangai Teruk Bekas Suami Sampai Nekad Cerai, Terlampau Sedih Sampai Neelofa Pun Menangis

30-10-2022 10:39 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 66931| Komen: 614|Original author: Saiful

Sebuah video petikan daripada program Next To Neelofa tular baru-baru ini.

Memaparkan Ziana Zain, episod tersebut mengundang sebak ramai sampai Neelofa pun mengalirkan air mata.




Ziana Zain menceritakan detik sebelum dia mengambil keputusan nekad untuk bercerai dengan bekas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri.

Menurut penyanyi tersebut, anaknya dipukul teruk oleh Armin sampai bengkak muka macam belon serta berdarah-darah.

Malah menurut Ziana Zain dia sangat berkecil hati apabila suaminya kata dia sudah tak hairan dengan dirinya walaupun sudah berkongsi hidup berbelas tahun bersama.




"Saya rasa langsung tak dihargai walaupun selepas bertarung nyawa melahirkan anak-anaknya."

Malah Ziana juga menjaga penampilan diri luar dan dalam demi suaminya.


Di ruangan komen ramai yang bersimpati selepas mendapat tahu tentang kisah di sebalik penceraiannya.

Malah ramai mendoakan agar Ziana terus kuat menempuh dugaan hidup dan bahagia bersama anak-anak. -CARI


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 30-10-2022 10:41 AM
Ni yang tak gemor rancangan gini ni
Dah macam podcast Indo
Habis semua dilondehkan

Bertahun2 simpan
Demi secebis rating
Kena umpan sikit
Terus buka rahsia bekas

So apa tujuan rancangan ni?
Semata nak mengumpat orang lain ke
Tak kesian kat emosi anak2 ke
Kengkawan tahu dia kena pukul dek bapa tagune

Apedaaaaa
Quote dua_chzy 30-10-2022 10:43 AM
Ziana Zain pun dibuat gini oleh laki. Ini Ziana Zain, bukan Ziana2006. Memang tak sadar diuntung si Armin tu. Selayaknya diceraikan.
Quote anakkerengga 30-10-2022 10:46 AM
she replied at 30-10-2022 10:41 AM
Ni yang tak gemor rancangan gini ni
Dah macam podcast Indo
Habis semua dilondehkan

Tak pasal2 lopa pun dapat saham dosa sekali.. buat program burukkan org.. kalau ex ziana tu dah bertaubat lagilah… seolah2 rancangan utk buka aib org
Quote SANKURIANG 30-10-2022 10:46 AM
Rancangan yangbuka pekong......
Quote September14 30-10-2022 10:49 AM
Ada ttgk kt tiktok td mlas nk tgk sampai hbis sbb dia ceritakn buruk ex dia so mcm perlu ke aku tau? Jwpnnya is x perlu pun.
Quote ujio 30-10-2022 10:51 AM
Aku dah agak thread ni bakal dibuka oleh Sepul...
Quote jantung_pisang 30-10-2022 10:53 AM
Pak ustaz x ajar ke xbaik buka aib org aiyooo
Quote she 30-10-2022 10:54 AM
anakkerengga replied at 30-10-2022 10:46 AM
Tak pasal2 lopa pun dapat saham dosa sekali.. buat program burukkan org.. kalau ex ziana tu dah be ...

Bab2 hati perasaan dan peribadi ni elok sembang tepi pantai berdua minum kopi
Bukan untuk ditayang umum gini

Ziana ni mesti tido malam menyesal
Napelah aku pegi cite
Padahal elok je selama ni simpan hal keluarga

Yang host tu pun
Tanyalah soalan lain
Dorang takde prepare atau reherse soalan ke
Kita boleh pilih awal kot soalan mana nak jawab
Quote endihesh 30-10-2022 10:55 AM
sekian lama simpan aib, tetiba demi jahtek habis dibongkarkan semuanya.. tertgk kat tt semalam tapi tak sanggup nak tgk sampai habis.. patutnya simpan sendiri jelah benda ni, takyah cerita.. patutnya buatla cerita apa yg buat ziana zain terdetik nak pakai tudung ke, kehidupan lepas bercerai ke.. ke ada? sori, iols tak tgk n2n ni..
Quote iluma 30-10-2022 10:56 AM
bukan nk mendoakan.
jaga jaga jah.
ko punya family ada history belaka.
Quote jihyomelly 30-10-2022 10:57 AM
hmmmm dah jd rancangan bukak pekong di dada..benda ni sebenarnya kalau dah trigger memang la acik jenna bukak mulut..kalau x senyap je xde sapa tahu..hmmm jgn jd batu api la x helok…
Quote Straya 30-10-2022 10:59 AM
Ziana ni lama dia bertahan.Padahal time tu dia one of the top female singers kot.Bukan kau takde duit pun,hadap sangat laki tak guna tu sampai anak pun kena dera.Tak faham aku
Quote menjad 30-10-2022 11:00 AM
Jahatnya laki ko kak....
Quote PanadolExtend 30-10-2022 11:02 AM
she replied at 30-10-2022 10:54 AM
Bab2 hati perasaan dan peribadi ni elok sembang tepi pantai berdua minum kopi
Bukan untuk ditayang ...

iols tak tengok rancangan ni, cuma tengok video je. Tapi iols setuju. Benda2 gini simpan jelah dalam kain. Kita nak dgr pun tak sanggup
Quote Tunan 30-10-2022 11:02 AM
jihyomelly replied at 30-10-2022 10:57 AM
hmmmm dah jd rancangan bukak pekong di dada..benda ni sebenarnya kalau dah trigger memang la acik je ...

Dia sendiri pilih nk cerita
Bukannya penerbit tu baling pisau..

Dah ada list soalan. Boleh pilih2
Quote Straya 30-10-2022 11:03 AM
Ingat lagi mula2 kahwin ziana puji ex laki dia. Kata laki dia cakap lembut.Kalau jawab telefon & call tu untuk ziana,dia  pergi & cakap elok2 ada call for you.Rupanyaa setan jahanam
Quote aammyy 30-10-2022 11:04 AM
Actually bukan ZZ je. Diana Amir yg jadi jemputan pun I tak berkenan. Dari sblm berpurdah pun I asyik dengar dia ckp "i harap sgt orang tak kenal siapa i" haa dah tu ko menempek lagi depan skrin orang, mcm mana orang tak google nama ko. Kalau betul taknak orang kenal, takpayah keluar kat mana2.

Yg ZZ ni I dah perasan dia cerita sikit psl anak dia tanya dia. Then I knew mesti dia nak cerita psl apa yg dia lalui. It's too personal la bg I. Bukan cerita psl aib la.
Quote MissVixen 30-10-2022 11:04 AM
Lelaki pukul anak dan bini sampai cedera teruk tak perlu dijaga aib dia. Dosa dia dengan manusia. Kalau bertaubat tapi anak dan bekas isteri yang dizalimi tak maafkan, masih lagi berdosa. Celaka armin ni.
Quote hashashes 30-10-2022 11:09 AM
Aduh this is so not Ziana Zain lah how can she stoop so low londeh semua kat program haprak syok sendiri ni

Lihat semua komen(614)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.265844 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top