Bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPM), Tan Sri Alimuddin Mohd Dom mengakui silibus pembelajaran untuk sekolah rendah agak susah.
Beliau walau bagaimanapun meminta orang ramai khususnya ibu bapa terus mempercayai kredibiliti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). “Konsep nampak susah tapi ianya akan tambah nilai, semangat untuk belajar dan itulah sebenarnya ilmu pengetahuan kita pentingkan,” katanya Beliau berkata demikian ketika program Disebalik Isu bersama Finaz Yunus (FY) ‘Apa hala tuju silibus sekolah rendah kita?’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Jumaat.
Turut menjadi panelis Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad dan Pakar IQ Kanak-Kanak, Dr Noor Aishah Rosli. Alimuddin berkata, dalam KPM ada satu bahagian iaitu perkembangan kurikulum, mereka yang berada di dalamnya memang pakar. “Tapi sebenarnya pelajar-pelajar kena tahu tentang aset, liabiliti, saham, NATO, kabinet, institusi raja, ASEAN dan walaupun nampak berat untuk Tahun Satu dan Dua tapi sebenarnya mereka biasa mendengarnya, contoh ASEAN memang dalam berita selalu sebut," katanya. Tambahnya, meskipun peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sudah tiada tetapi ujian lain masih ada. “Ujian bulanan, ujian pertengahan tahun dan akhir tahun masih ada... di situlah murid dinilai sama ada dia faham ataupun tidak. “Kalau dapat keputusan yang tidak baik, di sinilah peranan guru termasuk ibu bapa untuk pastikan murid ini berjaya. “Bukan setakat itu sahaja, bila dia sdah habis sekolah nak masuk universiti orang tengok juga, nak masuk perubatan sekarang ini kena straight A, kalau ada E dan D mungkin susah,” jelasnya. Jelasnya lagi, biasiswa juga diberikan kepada pelajar yang bagus dan janganlah dianggap langsung tidak perlu pencapaian yang baik dalam peperiksaan akademik. Alimuddin berkata, pendidikan di sekolah hari ini adalah di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. “Sudah sampai masanya satu perubahan dilakukan dalam sistem pendidikan kita. “Tapi di antara pembelajaran yang ditekankan misalnya perubahan iklim, alam sekitar, kemampanan iaitu menekankan tentang keperluan generasi untuk masa hadapan. “Ini termasuk soal keseimbangan antara perkembangan ekonomi, penjagaan alam sekitar dan keperluan sosial," katanya. Kata Alimuddin lagi, ianya juga fokus kepada latihan guru untuk menyesuaikan dengan perubahan serta memberi kebebasan kepada pihak sekolah menyediakan jadual waktu kepada pelajar dan diikuti dengan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dan STEM (pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik). “Ini perubahan dunia yang perlu kita ikuti. ‘Teaching and learning 21st century' merupakan salah satu program transformasi pendidikan negara yang diikuti,” ujarnya. Sumber: Sinar Harian
|
hyie replied at 29-10-2022 11:02 AM
iols setuju aje dengan pandangan pakcik ni. Iols pon dah banyak kali ulas pasal silibus terkini KPM ...
hyie replied at 29-10-2022 11:02 AM
iols setuju aje dengan pandangan pakcik ni. Iols pon dah banyak kali ulas pasal silibus terkini KPM ...
anony-mous replied at 29-10-2022 11:44 AM
Klau cikgu sendiri pon akui susah, apatah lg parent?
Nk compare dgn luar negara? X update dgn fb ...
rikiruj replied at 29-10-2022 11:24 AM
Kalau semua dapat access pre-school education sama macam rich urban m40 & t20 boleh lah cerita upg ...
hyie replied at 29-10-2022 11:52 AM
iya sis, ada betulnya apa sis cakap tu. Namun...
1. Itulah perlunya guru2 yang betul2 berkelayaka ...
anony-mous replied at 29-10-2022 11:44 AM
Klau cikgu sendiri pon akui susah, apatah lg parent?
Nk compare dgn luar negara? X update dgn fb ...
Cekgushilla replied at 29-10-2022 12:16 PM
Skrg ckgu semua spm at least 7A
Cuma msih baru la dlm bidang perguruan ni
Bg masa 5-10 thn semua g ...
Adrif replied at 29-10-2022 02:40 PM
teringat cikgu sains aku dulu. umo dalam 40 something.
ngajor experiment sains, tapi baca dalam bu ...
anony-mous replied at 29-10-2022 02:44 PM
Xguna belajar advance2, end up berbakti dkt luar negara. Selagi policy kerajaan malaysia x berubah, ...
ADVERTISEMENT