View: 2716|Reply: 35
|
Silibus Sekolah Rendah Agak Susah, Tapi Percayalah Dengan KPM
[Copy link]
|
|
Bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPM), Tan Sri Alimuddin Mohd Dom mengakui silibus pembelajaran untuk sekolah rendah agak susah.
Beliau walau bagaimanapun meminta orang ramai khususnya ibu bapa terus mempercayai kredibiliti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
 Alimuddin
“Konsep nampak susah tapi ianya akan tambah nilai, semangat untuk belajar dan itulah sebenarnya ilmu pengetahuan kita pentingkan,” katanya
Beliau berkata demikian ketika program Disebalik Isu bersama Finaz Yunus (FY) ‘Apa hala tuju silibus sekolah rendah kita?’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Jumaat.
Turut menjadi panelis Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad dan Pakar IQ Kanak-Kanak, Dr Noor Aishah Rosli.
Alimuddin berkata, dalam KPM ada satu bahagian iaitu perkembangan kurikulum, mereka yang berada di dalamnya memang pakar.
“Tapi sebenarnya pelajar-pelajar kena tahu tentang aset, liabiliti, saham, NATO, kabinet, institusi raja, ASEAN dan walaupun nampak berat untuk Tahun Satu dan Dua tapi sebenarnya mereka biasa mendengarnya, contoh ASEAN memang dalam berita selalu sebut," katanya.
Tambahnya, meskipun peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sudah tiada tetapi ujian lain masih ada.
 Gambar hiasan - Foto: Mushlihatun Syarifah
“Ujian bulanan, ujian pertengahan tahun dan akhir tahun masih ada... di situlah murid dinilai sama ada dia faham ataupun tidak.
“Kalau dapat keputusan yang tidak baik, di sinilah peranan guru termasuk ibu bapa untuk pastikan murid ini berjaya.
“Bukan setakat itu sahaja, bila dia sdah habis sekolah nak masuk universiti orang tengok juga, nak masuk perubatan sekarang ini kena straight A, kalau ada E dan D mungkin susah,” jelasnya.
Jelasnya lagi, biasiswa juga diberikan kepada pelajar yang bagus dan janganlah dianggap langsung tidak perlu pencapaian yang baik dalam peperiksaan akademik.
Alimuddin berkata, pendidikan di sekolah hari ini adalah di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
“Sudah sampai masanya satu perubahan dilakukan dalam sistem pendidikan kita.
“Tapi di antara pembelajaran yang ditekankan misalnya perubahan iklim, alam sekitar, kemampanan iaitu menekankan tentang keperluan generasi untuk masa hadapan.
“Ini termasuk soal keseimbangan antara perkembangan ekonomi, penjagaan alam sekitar dan keperluan sosial," katanya.
Kata Alimuddin lagi, ianya juga fokus kepada latihan guru untuk menyesuaikan dengan perubahan serta memberi kebebasan kepada pihak sekolah menyediakan jadual waktu kepada pelajar dan diikuti dengan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dan STEM (pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik).
“Ini perubahan dunia yang perlu kita ikuti. ‘Teaching and learning 21st century' merupakan salah satu program transformasi pendidikan negara yang diikuti,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak repair pengajaran Sosial ke, Geografi ke kat budak2 ni
budak sekarang kalau bukak peta dunia, tunjuk kat mana Malaysia langsung tak tau
Malaysia dah macam USA pulak. budak2 tak tau dunia luar
benda basic, general knowledge contohnya = benua, negara, bendera, ibu negara, bahasa, bangsa, agama, adab, moral dan etika. |
|
|
|
|
|
|
|
iols setuju aje dengan pandangan pakcik ni. Iols pon dah banyak kali ulas pasal silibus terkini KPM ni, terutamanya silibus sekolah rendah. Ibu bapa masih beranggapan silibus terkini sama seperti silibus zaman purba masa mereka bersekolah rendah dahulu. Apekebodonye la ngko ni ye 
ngko tu yang sepatutnya pegi upgrade ilmu pengetahuan ngko pasal silibus anak2 kat sekolah. Kau kata susah sebab kau sendiri yang tak faham, dan takda inisiatif nak fahamkan. Terus dan2 kata susah. So, anak2 pun apa lagi bila ibu bapa sendiri dah kata susah depan muka diorang, diorang pun terus tolak buku ke tepi dan ikut perangai mak bapak dia yang pemalas tu.
sibuk nak suruh gomen jadikan Malaysia sebuah negara maju, namun ironinya kau sendiri pemalas nak upgrade diri, bila silibus dikemas kini jadi lebih baik dan terkini, kau sibuk komplen sana sini. Dah tu, kau nak apa sebenarnya? Untuk jadi lebih maju, kita kenalah menapak satu, dua langkah ke hadapan berbanding sebelumnya. Takkan nak menten darjah 1 dengan silibus 1 + 1 = 2 lagi? Itu tadika pon boleh dikkkk...
kau sendiri sebagai ibu bapa yang kena ambil inisiatif untuk fahamkan silibus anak2 di sekolah. Kalau kau bodoh, pergilah perbaiki diri amik kelas tuisyen mintak sesapa ajarkan secara 1-1 ke apa. Dulu masa sekolah kau sering pertikai kepentingan pelajaran, sekarang kau pun jadi bodoh sebab diri kau sendiri yang pemalas. Pastu sekarang kau jugaklah yang banyak bising. Semua tak kena.
Yihhhhhhh...kepada ibu bapa yang ada anak di sekolah, sesambil pantau pembelajaran anak, kau pantau jugalah ilmu pembelajaran kau sendiri. Tak salah pun kau belajar dari bawah. Nak dengan tak nak je.
p/s: iols tak pastilah bagaimana penilaian di peringkat sekolah dibuat, namun untuk level universiti, setiap tugasan, kuiz, latihan, dan ujian yang diberi oleh tenaga pengajar akan menilai dari pelbagai sudut misalnya teknik berfikir, pemahaman, pemikiran kritis, dan ada lagi lah yang iols tak reti nak sebut. Daripada situ, pensyarah boleh buat analisis sama ada kaedah pengajaran dia berkesan atau tidak, kat bahagian mana yang perlu diperbaiki, etc etc. Sila fahami konsep pengajaran dan pembelajaran dahulu sebelum kondem yach. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia sebenarnya tahu ker apa yang dia cakap?
Masalah silibes disekolah adalah realiti yang dihadapi oleh guru dan pelajar.
Kau gunakan kepercayaan untuk menidakkan problem ini? Ko percaya kebaikan silibes yang cuma dalam bentuk harapan, tetapi realiti menyebabkan masalah kepada sekolah, dan berharap boleh diatasi dengan kepercayaan?
Sebelum ni ada komplen ker pasal silibes ini? elok sahaja kan tak ada komplen..
Dan kau tambah, jika ada masalah penambahbaikan akan dilakukan olehg guru-guru dan ibubapa.
Perkara ini tanpa kau sebut dah dilakukan oleh guru-guru dan ibubapa, malah sebelum ini dah jadik budaya dalam sekolah dah. Bila kau cakap begini rasanya orang ni tak tau apa sebenarnya berlaku disekolah.
Silibes sebelum ini bila ada masalah penambah baikan akan dilakukan guru-gur dan ibubapa dan dari keadaan-keadaan masa lepas, tak ada komplen pun... sebabnya guru-guru dan ibubapa dapat menerima kadar kesusahan yang dihadapi pelajar, mereka melihat susah-susah pun masih boleh didaki
hantar orang lainlah bagi statement... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau semua dapat access pre-school education sama macam rich urban m40 & t20 boleh lah cerita upgrade. Mana b40 mampu nak hantar q-dees, little caliph etc. Tu pasal la ramai budak2 form 1 tak reti baca... ko tanya cikgu2 form 1.. fenomena ni obvious since past few years.. 10 to 15 years ago tak seteruk sekarang ni. Wujud jurang yg pandai makin pandai, yang tak pandai makin ketinggalan. Ingat sikit, primary education patut inclusive bukan tempat nak cari einstein.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab benda macam ni ler ada sesetengah mak pak sanggup bersusah payah agar boleh hantar anak ke sekolah swasta |
|
|
|
|
|
|
|
Mak bapak reti beranak cikgu kuat bertitok what u expect? |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 29-10-2022 11:02 AM
iols setuju aje dengan pandangan pakcik ni. Iols pon dah banyak kali ulas pasal silibus terkini KPM ...
Klau cikgu sendiri pon akui susah, apatah lg parent?
Nk compare dgn luar negara? X update dgn fb ke? Nk compare dgn jepun? Jepun seminggu berjam2 buat math tp malaysia setakat 3-4 jam seminggu. Negara maju basic tu diaorang buat simple je. Xbuat rumit mcm kita so bila basic kukuh, sng nk speed bila soalan advance tp bdk2 kita basic pon terkial2, jgn mimpi la nk speed utk yg advance |
|
|
|
|
|
|
|
iya sis, ada betulnya apa sis cakap tu. Namun...
1. Itulah perlunya guru2 yang betul2 berkelayakan untuk menerajui bidang keguruan, senang cakap SPM 9A+ dan ke atas sahaja, marikulasi 4 flat sahaja, degree 3.75 dan ke atas sahaja. Contoh je. Insan2 begini sudah semestinya tahu selok belok pemikiran aras tinggi dan kritikal. Jadi tiada isu guru rasa terbeban. Kita kena ingat, guru dibayar gaji bulanan yang bukannya level2 acik kerani. Jadi apa perlunya gaji tinggi tapi malas berfikir?
2. Murid terkial2? Itulah pentingnya pendidikan dari rumah, bukan hanya di sekolah semata-mata. Sebab tu ibu bapa pun kena naik taraf tahap pengetahuan mereka. Kenapa mesti pihak guru yang sering dipersalahkan? Ibu bapalah yang sepatutnya memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak.
pandangan meols je lah kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
kan iols dah cakap kat atas tu, IBU BAPA yang perlu upgrade ilmu diorang tu sendiri dahulu, sebelum kondem pihak lain. Kau sendiri yang tak faham add maths, pastu sibuk memekak kata silibus matematik darjah satu terlalu hazabedah yada yada. Kata kunci dia kat sini ialah IBU BAPA. Bukan anak-anak.
dia nak hantar anak dia kat sekolah mana pon lantak situlah, kalau pendidikan di rumah dititiikberatkan, sekurang2nya anak-anak reti je mengeja, membaca, mengira apa semua tu. Bila dah reti semua tu, akan timbul minat belajar dengan sendirinya. Tolak faktor genetik lah. Kalau semula jadi lemah sebagai akibat lembam ke apa, boleh hantar ke sekolah yang ada pendidikan khas. Tak apa lah kalau tak jadi doktor atau engineer, sekurang2nya dia tahu asas pembelajaran untuk bekalan hari mendatang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Meh sini meols sebagai guru dg 48 mengajar sekolah rendah nk bg pendapat seketul dua
1) cikgu kata silibus susah ni mungkin cikgu lama yg msuk maktab pakai spm dulu yg time tu ckgu ada sijil sj dam gaji pon berapa ratus sj. Mmg cikgu2 lama ni susah skit nk cope kalau bukan sbjek depa ngajar. Cth cgku BI mmg dia kata susah gila sbjek math dia pon tak boleh ajar ank dia yg thn 6.
Tpi cikgu2 sekarang ni smua pndai2 masuk maktab dengan result at least 7A , so content silibus mmg hujung jari je. Cuma depa guru baru so perlu masa utk betul2 apply segala kaedah pedagogi yg depa belajar.
2) masalah skrg iaiah bukan content silibus tu bg meols.
Masalah bg meols ialah masa yg diperuntukkan oleh KPM utk mengajar silibus yg berat di sekolah adalah sgt sikit. Adakah anda semua tahu beza masa seminggu antara sbjek bahasa arab dgn sains thn 4-6 adalah 1 masa shj? Sains di ajar 4 msa seminggu manakala bahasa arab 3 waktu. Adakah sbjek ini sama kepentingan nya? Bg sy cikgu ni bahasa arab ajar 1-2 waktu seminggu shj dah ckup. Sbb itu adalah bahasa ketiga shj. Sedangkan sbjek sains dan matematik adalah sbjek killer di sekolah tp waktu peruntukkan membuatkan ckgu2 ni tergesa2 menghabiskan silibus sampai tercicir2 projek2 sampingan yg boleh mengukuhkan pemahaman murid.
3) matapelajaran sejarah tak perlu diajar di sekolah rendah. Fokus dulu yg penting. Nk murid kenal sejarah,masukkan konten sejarah dlm bahasa melayu dan inggeris. Tak susahkan?
So dh jimat wktu sejarah dah boleh gunakan wktu utk tmbh ke matapelajaran matematik.
Kesimpulannya ada sbjek yg tak perlu pon di sekolah rendah dan ada sbjek yg perlu dikurangkan waktunya seminggu utk beri kepada sbjek terutama sains dan math. Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 29-10-2022 11:52 AM
iya sis, ada betulnya apa sis cakap tu. Namun...
1. Itulah perlunya guru2 yang betul2 berkelayaka ...
Skrg ckgu semua spm at least 7A
Cuma msih baru la dlm bidang perguruan ni
Bg masa 5-10 thn semua guru2 lama yg rasa silibus baru ni susah dh pencen haa time tu semua akan jadi mudah takde rungutan dh silibus susah |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 29-10-2022 11:44 AM
Klau cikgu sendiri pon akui susah, apatah lg parent?
Nk compare dgn luar negara? X update dgn fb ...
Cikgu2 tua yg nk pencen ya mmg depa anggap silibus baru skola rendah susah terutama sains dan math (kalau depa bukan opsyen tu la dimktab dulu)
Tp ckgu baru aku rasa takda masalah sbb semua pndai2 yg 10A SPM pon ada
Skrg ni bg aku peruntukkan masa utk mengajar silibus tu kena perhalusi lgi
Kurangkan masa mana2 sbjek yg perlu
Lebihkan masa utk sbjek yg killer
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak dulu 1st time interview kerojer company tak tanyer pun pasal NATO, institusi beraja, bla bla bla.. yg dia tanye nak ke kerja overtime, sanggup ke stay sampai mlm… Takde maknanya semua tu propa. Selagi kompani boleh kerah ko dgn gaji
ciput tu.. theyols akan buat. Tu lah realiti nye. Tak nak ikut kepala theyols.. lepas probation 3bln appraisal ko hauk la. Theyols cari freshies lain.. back to basic bayor murah dek  |
|
|
|
|
|
|
|
teringat cikgu sains aku dulu. umo dalam 40 something.
ngajor experiment sains, tapi baca dalam buku text je. tak buat betul2 kat lab.
" oke the balloon with noodle."
kitorang dalam kelas semua ????????
pehtu ketua kelas angkat tangan.. "Teacher, noodle ke.. needle?"
dia hempas buku text dia, pastu jerit, "AWAK CIKGU KE SAYA CIKGU?! JANGAN NAK PANDAI2 AJAR SAYA! INGAT SAYA BODOH KE!".. dan dia membebel makan masa 1 waktu. 
dalam exam, sapa tulis needle auto dia pangkah salah. noodle sahaja betul 
waktu tu aku punya la berharap, moga dapat cikgu sains yang baru. ataupun cikgu ni tolonglah cepat berhenti ke, atau pencen pilihan ke. siksa dapat cikgu camni.. dan ya, markah sains kami satu kelas flop tahun tu. tahun depan, dapat cikgu proper ajar. semua straight A.
aku pun berharap in 10 years time, budak2 ni dapat cikgu yang proper mengajar, dan bukan jenis tangkap muat macam dulu.
dulu cikgu ganti, ada yang kerja gomen la, ada yang ajar silibus sekolah menengah style sekolah rendah la, ada yang bekas askar la, ada yang nak masuk politik tak lepas, jadi cikgu. masuk kelas tak mengajar, tapi hasut budak supaya jangan pangkah parti politik ni, nanti masuk neraka, parti politik tu tak elok. paling pelik kitorang pernah dapat, bekas cikgu. pernah jadi cikgu, tapi berhenti, sebab nak jadi penternak ayam sepenuh masa. lepas tu kaya, masuk sekolah jadi cikgu balik suka-suka. guru sementara. masuk kelas tak mengajar ikut buku, tapi suruh menyanyi lagu tradisional, sakit jiwa wei.. kita nak belajar, exam dah dekat, tapi kena nyanyi
|
|
|
|
|
|
|
|
Xguna belajar advance2, end up berbakti dkt luar negara. Selagi policy kerajaan malaysia x berubah, mcm tu la jugak. I ni batch pertama math n sains in english. Bg i mudah je senang nk paham. Cuma kesian ada yg tertggal di belakang n ckp xpaham english jd soalan math tu pon xphm.
End up generasi ni la yg keje gaji ciput, xsmpai 2k pdhal bidang kritikal saintis, engineer. Yg bodo2 pulak kaya sbb jd founder timbang kilo since they all mmg x ada common sense n x bijak |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 29-10-2022 02:40 PM
teringat cikgu sains aku dulu. umo dalam 40 something.
ngajor experiment sains, tapi baca dalam bu ...
Aku rasa bab ckgu2 ni boleh setel
Skrg ni masalah nk readykan murid berusia 10-12 thn utk terima ilmu yg kita dulu beajar masa umur 15-17 thn hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ahh.. batch math and science in english..
lepas tu kerajaan kata, malaysia kekurangan saintis, galakkan pelajar further studies dalam bidang STEM.
alih2 lepas 5-7 tahun, budak2 keluar universiti, kata Malaysia kurang kemahiran. bidang sains ada yang tak relevan dan tak penting. lepas tu budak2 ended up tak dapat kerja setaraf, sijil tak laku, lari bidang, etc. tu yang keje kedai fast food pun english berhabuk, rupanya straight A student, ada degree bidang science. ramai jumpa budak batch ni dalam pelbagai sektor. kesian juga
|
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous: Xguna belajar advance2, end up ... sedihnya tapi tulaj realitinya |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|