Seorang lelaki menjadi perhatian selepas melakukan cabaran di mana dia hanya membelanjakan RM10 sehari untuk bertahan di kota Kuala Lumpur.
Walaupun bunyinya agak mustahil, namun pemuda itu berjaya melakukan cabaran tersebut dan membelanjakan tidak melebihi RM10 dalam masa sehari. Bagi mengurangkan belanja, dia membeli nasi lemak bungkus berharga RM1 untuk sarapan pagi. Seterusnya, untuk makan tengahari pula dia singgah ke pasar raya berhampiran dan membeli mi segera berharga RM2. Dengan baki RM7, dia akhirnya menikmati juadah yang lebih berat iaitu nasi campur berharga RM6.60 menjadikan jumlah keseluruhan yang dibelanjakan adalah RM9.60.
Perkongsian video tersebut turut menarik perhatian ramai dan kebanyakannya mengakui pernah melakukan perkara sama untuk berjimat. Dengan kenaikan harga barang pada masa kini, ramai yang terpaksa ‘mengikat perut’ untuk meneruskan kelangsungan hidup terutama golongan pelajar yang bergantung pada duit elaun. Bagaimanapun, ada netizen menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukannya dalam jangka masa panjang kerana bimbang ia boleh menjejaskan kesihatan. Sumber: Himpunan Cerita Lawak
|
Meiizu replied at 28-10-2022 10:55 PM
Ex opismate cite early 2000 dia penah bjimat gile2...pagi beli nasi lemak rm1.50 bihun rm1.50...satu ...
rospinki replied at 15-11-2022 09:09 AM
habuk bole beanja berapa paling min sehari?
ADVERTISEMENT