CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Anwar anggap Agong jurucakap UMNO

26-6-2013 09:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5069| Komen: 39

KUALA LUMPUR - Reaksi beberapa anggota Parlimen mewakili pakatan pembangkang dilihat seolah-olah mempersoal titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam ketika merasmikan pembukaan Penggal Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, titah Seri Paduka itu "boleh dibahas, dipertikai dan dibantah daripada segi hujah kerana fakta yang dikemukakan adalah dari kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Dalam amalan demokrasi berparlimen, titah (Yang di-Pertuan) Agong bukan arahan, ia adalah untuk dibahaskan. Kalau arahan buat apa nak dibahaskan.

"Tuanku berucap berdasarkan usul Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita akan pertimbangkan di Parlimen dan bahas," kata Anwar, yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, kepada pemberita selepas majlis perasmian itu.

Antara lain, Tuanku Abdul Halim menggesa semua pihak menerima dan menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) serta bekerjasama untuk membolehkan matlamat Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 tercapai.

Ditanya sama ada pembangkang akan terus mengadakan apa yang dipanggil perhimpunan 'Blackout 505' untuk mempertikai keputusan PRU13 berikutan titah Tuanku Abdul Halim itu, Anwar berkata: "Ucapan itu dicadangkan oleh perdana menteri."

Anggota Parlimen Bukit Katil dari PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata titah Seri Paduka tentang keputusan PRU13 "merupakan pendirian kerajaan BN dan keputusan PRU itu boleh dipertikai di mahkamah".

"Tidak bermakna ia (keputusan PRU13) tidak boleh langsung dipertikai melalui saluran mahkamah dan ini yang kita sedang lakukan sekarang," katanya.

Dalam pada itu, titah Tuanku Abdul Halim supaya semua pihak bekerjasama dan membuang sifat-sifat yang membawa perpecahan dan sebaliknya mencari titik persefahaman untuk mengeratkan perpaduan mendapat reaksi positif anggota Parlimen Temerloh dari Pas, Nasrudin Hassan Tantawi.

Beliau mengalu-alukan sebarang kerjasama antara kerajaan dan pembangkang asalkan ia berlandaskan Islam serta membawa kebaikan kepada rakyat.  

"Maksud kerjasama baik seperti diajar dalam Islam ialah yang mendatangkan kebaikan, bukan kerjasama dalam perkara yang boleh membawa mudarat dan permusuhan," kata Nasrudin.

Mengenai keputusan PRU13, Ketua Pemuda Pas itu berkata: "Kita terima keputusan PRU13 dan kerana itu pembangkang telah datang angkat sumpah (sebagai anggota Dewan Rakyat semalam)."

Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dari PKR berkata selaku pengarah perhimpunan Blackout 505, beliau tidak mempunyai rancangan untuk meneruskannya.

Menurutnya, menerima keputusan PRU13 tidak bermakna menutup apa yang didakwanya sebagai "kecurangan" yang berlaku semasa pilihan raya itu.

Anggota Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dari PAS pula berkata kerajaan mahupun pembangkang perlu memainkan peranan berkesan dalam memastikan rakyat dan negara sentiasa membangun ke arah yang lebih baik.

Sementara itu, Anggota Parlimen Ampang dari PKR, Zuraidah Kamaruddin menyambut baik penekanan Tuanku Abdul Halim berhubung kepentingan institusi keluarga dan peranan wanita dalam memajukan negara.

"Pengukuhan institusi keluarga perlu dilakukan sekarang, menteri (berkenaan) yang baharu perlu ambil langkah proaktif untuk meningkatkan guna tenaga wanita di negara ini,.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 25-6-2013 09:18 PM
puas aku baca artikel yg ditepek...
tang mana yg Anwar kata Agong jurucakap UMNO...
jadi aku anggap ko yg kata gitu...
skrg siapa penderhaka sebenarnya?
Quote kakiputaralam 25-6-2013 09:58 PM
Amboi..cakap sket je terus kata durhaka

Quote axl_bach 25-6-2013 10:07 PM
memang bukan dah jadi amalan ke perbahasan titah agong di parlimen??ke aku silap??
Quote Innrukia 25-6-2013 10:11 PM
kerja dia adalah bangkang.
of cos dia BANGKANG
Quote cecari 25-6-2013 10:13 PM
tongkatwaran75 posted on 25-6-2013 09:18 PM
puas aku baca artikel yg ditepek...
tang mana yg Anwar kata Agong jurucakap UMNO...
jadi aku angga ...

Sebenarnya TT ikan kaghing tu la yg jadi jurucakap umngok. iaitu mengandaikan yg tiada dan memutarbelitkan berita.
Quote cecari 25-6-2013 10:13 PM
Innrukia posted on 25-6-2013 10:11 PM
kerja dia adalah bangkang.
of cos dia BANGKANG

adakah hang ni salah sorang jurucakap umngok?
Quote tongkatwaran75 25-6-2013 10:15 PM
Innrukia posted on 25-6-2013 10:11 PM
kerja dia adalah bangkang.
of cos dia BANGKANG

itu adalah mind set yg sentiasa ditanam oleh Be End...

yg betul adalah `amal maaruf nahi mungkar '

Quote alesandra 25-6-2013 10:15 PM
tongkatwaran75 posted on 25-6-2013 09:18 PM
puas aku baca artikel yg ditepek...
tang mana yg Anwar kata Agong jurucakap UMNO...
jadi aku angga ...

TT yg kena masuk lokap sbb jadi drama queen
Quote mak_wa95 25-6-2013 10:18 PM
dah lama dah...kenapa tak tangkap-tangkap lagi anuar ni....mana menteri itu
Quote Innrukia 25-6-2013 10:21 PM
cecari posted on 25-6-2013 10:13 PM
adakah hang ni salah sorang jurucakap umngok?

kalau aku tak sokong DSAI maknanya aku jurucakap umngok ker?
nampak sangat jumud
Quote Innrukia 25-6-2013 10:23 PM
tongkatwaran75 posted on 25-6-2013 10:15 PM
itu adalah mind set yg sentiasa ditanam oleh Be End...

yg betul adalah `amal maaruf nahi mungka ...

Mana kebebasan menyuarakan pendapat?
Kalau tak sokong DSAI maknanya mindset ditanam Be End.
Satu lagik fahaman peminat tegar politik a.k.a peminat setia DSAI
Quote cecari 25-6-2013 10:40 PM
Innrukia posted on 25-6-2013 10:23 PM
Mana kebebasan menyuarakan pendapat?
Kalau tak sokong DSAI maknanya mindset ditanam Be End.
Satu ...

bleh rekemen br1m 1200 tu tak?
Quote Innrukia 25-6-2013 10:43 PM
cecari posted on 25-6-2013 10:40 PM
bleh rekemen br1m 1200 tu tak?

aku tak layak dapat, psl pa aku nak rekemen hang plak
hang p mintak kat gomen punya org, increment ada, bonus dpt
Quote a_gen2 25-6-2013 10:53 PM
Innrukia posted on 25-6-2013 10:23 PM
Mana kebebasan menyuarakan pendapat?
Kalau tak sokong DSAI maknanya mindset ditanam Be End.
Satu ...

yelah.. atas pagar la katakan...

Quote Innrukia 25-6-2013 11:00 PM
a_gen2 posted on 25-6-2013 10:53 PM
yelah.. atas pagar la katakan...

tetiba aku ingat kata2 sorg nih...human ni emotional creatures.
if u are not with me then u are against me.....
tak boleh agree to disagree
Quote airfilterbersih 25-6-2013 11:12 PM
Innrukia posted on 25-6-2013 10:11 PM
kerja dia adalah bangkang.
of cos dia BANGKANG

Bangkang dari longkang....haha
Quote ikan_kaghing 25-6-2013 11:18 PM
tongkatwaran75 posted on 25-6-2013 09:18 PM
puas aku baca artikel yg ditepek...
tang mana yg Anwar kata Agong jurucakap UMNO...
jadi aku angga ...

Ayat kat bibir anwar: "Tuanku berucap berdasarkan usul Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)"
Ayat kat dalam hati anwar: "Tuanku tukang cakap UMNO"

Kalo dah taksub ngan pemimpin memang hati akan jadi buta.
Bukan stakat yang tersirat, yang tersurat , yang tertempek depan batang hidung pun boleh jadi rabun.



Quote ronin 25-6-2013 11:25 PM
pemikiran masih dibelenggu dgn fahaman feudal.....titah Agong tak boleh dibahaskan..sikit2 sentap, sikit2 sentap tak tentu pasal....
Quote spiderman80 25-6-2013 11:31 PM
Apa yang TT cuba sampaikan? Adakah kalau kita tak support UMNGOK maka kita derhaka terhadap Agong?

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.124167 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top