View: 3899|Reply: 39
|
[Tempatan]
[Edisi DERHAKA] Anwar anggap Agong jurucakap UMNO
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Reaksi beberapa anggota Parlimen mewakili pakatan pembangkang dilihat seolah-olah mempersoal titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam ketika merasmikan pembukaan Penggal Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, titah Seri Paduka itu "boleh dibahas, dipertikai dan dibantah daripada segi hujah kerana fakta yang dikemukakan adalah dari kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Dalam amalan demokrasi berparlimen, titah (Yang di-Pertuan) Agong bukan arahan, ia adalah untuk dibahaskan. Kalau arahan buat apa nak dibahaskan.
"Tuanku berucap berdasarkan usul Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita akan pertimbangkan di Parlimen dan bahas," kata Anwar, yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, kepada pemberita selepas majlis perasmian itu.
Antara lain, Tuanku Abdul Halim menggesa semua pihak menerima dan menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) serta bekerjasama untuk membolehkan matlamat Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 tercapai.
Ditanya sama ada pembangkang akan terus mengadakan apa yang dipanggil perhimpunan 'Blackout 505' untuk mempertikai keputusan PRU13 berikutan titah Tuanku Abdul Halim itu, Anwar berkata: "Ucapan itu dicadangkan oleh perdana menteri."
Anggota Parlimen Bukit Katil dari PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata titah Seri Paduka tentang keputusan PRU13 "merupakan pendirian kerajaan BN dan keputusan PRU itu boleh dipertikai di mahkamah".
"Tidak bermakna ia (keputusan PRU13) tidak boleh langsung dipertikai melalui saluran mahkamah dan ini yang kita sedang lakukan sekarang," katanya.
Dalam pada itu, titah Tuanku Abdul Halim supaya semua pihak bekerjasama dan membuang sifat-sifat yang membawa perpecahan dan sebaliknya mencari titik persefahaman untuk mengeratkan perpaduan mendapat reaksi positif anggota Parlimen Temerloh dari Pas, Nasrudin Hassan Tantawi.
Beliau mengalu-alukan sebarang kerjasama antara kerajaan dan pembangkang asalkan ia berlandaskan Islam serta membawa kebaikan kepada rakyat.
"Maksud kerjasama baik seperti diajar dalam Islam ialah yang mendatangkan kebaikan, bukan kerjasama dalam perkara yang boleh membawa mudarat dan permusuhan," kata Nasrudin.
Mengenai keputusan PRU13, Ketua Pemuda Pas itu berkata: "Kita terima keputusan PRU13 dan kerana itu pembangkang telah datang angkat sumpah (sebagai anggota Dewan Rakyat semalam)."
Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dari PKR berkata selaku pengarah perhimpunan Blackout 505, beliau tidak mempunyai rancangan untuk meneruskannya.
Menurutnya, menerima keputusan PRU13 tidak bermakna menutup apa yang didakwanya sebagai "kecurangan" yang berlaku semasa pilihan raya itu.
Anggota Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dari PAS pula berkata kerajaan mahupun pembangkang perlu memainkan peranan berkesan dalam memastikan rakyat dan negara sentiasa membangun ke arah yang lebih baik.
Sementara itu, Anggota Parlimen Ampang dari PKR, Zuraidah Kamaruddin menyambut baik penekanan Tuanku Abdul Halim berhubung kepentingan institusi keluarga dan peranan wanita dalam memajukan negara.
"Pengukuhan institusi keluarga perlu dilakukan sekarang, menteri (berkenaan) yang baharu perlu ambil langkah proaktif untuk meningkatkan guna tenaga wanita di negara ini," katanya. - Bernama
Psst : Makin gila anwar nih...patut tangkap dan sumbat ja dalam lokap. |
|
|
|
|
|
|
|
puas aku baca artikel yg ditepek...
tang mana yg Anwar kata Agong jurucakap UMNO...
jadi aku anggap ko yg kata gitu...
skrg siapa penderhaka sebenarnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi..cakap sket je terus kata durhaka
|
|
|
|
|
|
|
|
memang bukan dah jadi amalan ke perbahasan titah agong di parlimen??ke aku silap?? |
|
|
|
|
|
|
|
kerja dia adalah bangkang.
of cos dia BANGKANG |
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 posted on 25-6-2013 09:18 PM
puas aku baca artikel yg ditepek...
tang mana yg Anwar kata Agong jurucakap UMNO...
jadi aku angga ...
Sebenarnya TT ikan kaghing tu la yg jadi jurucakap umngok. iaitu mengandaikan yg tiada dan memutarbelitkan berita.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia posted on 25-6-2013 10:11 PM
kerja dia adalah bangkang.
of cos dia BANGKANG
adakah hang ni salah sorang jurucakap umngok?
|
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia posted on 25-6-2013 10:11 PM
kerja dia adalah bangkang.
of cos dia BANGKANG
itu adalah mind set yg sentiasa ditanam oleh Be End...
yg betul adalah `amal maaruf nahi mungkar '
|
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 posted on 25-6-2013 09:18 PM
puas aku baca artikel yg ditepek...
tang mana yg Anwar kata Agong jurucakap UMNO...
jadi aku angga ...
TT yg kena masuk lokap sbb jadi drama queen
|
|
|
|
|
|
|
|
dah lama dah...kenapa tak tangkap-tangkap lagi anuar ni....mana menteri itu |
|
|
|
|
|
|
|
cecari posted on 25-6-2013 10:13 PM
adakah hang ni salah sorang jurucakap umngok?
kalau aku tak sokong DSAI maknanya aku jurucakap umngok ker?
nampak sangat jumud
|
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 posted on 25-6-2013 10:15 PM
itu adalah mind set yg sentiasa ditanam oleh Be End...
yg betul adalah `amal maaruf nahi mungka ...
Mana kebebasan menyuarakan pendapat?
Kalau tak sokong DSAI maknanya mindset ditanam Be End.
Satu lagik fahaman peminat tegar politik a.k.a peminat setia DSAI |
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia posted on 25-6-2013 10:23 PM
Mana kebebasan menyuarakan pendapat?
Kalau tak sokong DSAI maknanya mindset ditanam Be End.
Satu ...
bleh rekemen br1m 1200 tu tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
cecari posted on 25-6-2013 10:40 PM
bleh rekemen br1m 1200 tu tak?
aku tak layak dapat, psl pa aku nak rekemen hang plak
hang p mintak kat gomen punya org, increment ada, bonus dpt
|
|
|
|
|
|
|
|
a_gen2 posted on 25-6-2013 10:53 PM
yelah.. atas pagar la katakan...
tetiba aku ingat kata2 sorg nih...human ni emotional creatures.
if u are not with me then u are against me.....
tak boleh agree to disagree
|
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia posted on 25-6-2013 10:11 PM
kerja dia adalah bangkang.
of cos dia BANGKANG
Bangkang dari longkang....haha |
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 posted on 25-6-2013 09:18 PM
puas aku baca artikel yg ditepek...
tang mana yg Anwar kata Agong jurucakap UMNO...
jadi aku angga ...
Ayat kat bibir anwar: "Tuanku berucap berdasarkan usul Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)"
Ayat kat dalam hati anwar: "Tuanku tukang cakap UMNO"
Kalo dah taksub ngan pemimpin memang hati akan jadi buta.
Bukan stakat yang tersirat, yang tersurat , yang tertempek depan batang hidung pun boleh jadi rabun.
|
|
|
|
|
|
|
|
pemikiran masih dibelenggu dgn fahaman feudal.....titah Agong tak boleh dibahaskan..sikit2 sentap, sikit2 sentap tak tentu pasal.... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang TT cuba sampaikan? Adakah kalau kita tak support UMNGOK maka kita derhaka terhadap Agong? |
|
|
|
|
|
|
| |
|