CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Awak Dah Guris Hati Ibu Saya' - Nuha Bahrin

28-10-2022 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3062| Komen: 31

Penyanyi, Nuha Bahrin berterima kasih kepada individu yang memuat naik video lama nyanyiannya hingga menyebabkan dia kembali dikecam warga maya.

Enggan peduli dengan kata-kata sindiran tersebut, penyanyi lagu Casablanca sentiasa berdoa diberi kekuatan untuk menempuh cabaran dalam industri hiburan.


Utusan

Nuha berkata, dia tidak terasa hati dengan kecaman, makian dan hinaan yang dilontarkan ramai kerana itu antara dugaan yang perlu dihadapi apabila memilih untuk menjadi anak seni.

Cuma, akui Nuha, emosinya sedikit terganggu apabila melihat ibunya terkesan dengan pelbagai komen negatif yang mengguris perasaan.


“Awak (individu muat naik video) sebenarnya sudah mengguriskan hati ibu saya. Apatah lagi, keluarga dan sepupu saya juga terkesan dengan perkara tersebut.

“Kalau awak berniat hendak memburukkan saya, sebenarnya saya sangat risau kerana awak turut mengajak orang lain melakukan dosa dengan menjatuhkan orang lain,” katanya selepas sidang akhbar majlis pelancaran lagu Casablanca dalam versi Arab, semalam.


IG Nuha

Nuha mengulas mengenai isu video tular nyanyiannya yang pernah menerima kritikan ramai ketika menyertai program realiti, Vokal Mania dua tahun lalu.

Ketika beraksi dalam program yang disiarkan di TV3 itu, Nuha membawakan lagu Kekasih Awal dan Akhir nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah.

Nuha dan pasangan duetnya, Naufal Azrin muncul dengan single Casablanca dalam versi Arab sepenuhnya selepas lagu tersebut berjaya meraih tontotan 24 juta di YouTube.

Lagu ciptaan sepenuhnya Daqmie dan Wan Salleh itu turut menambat hati pendengar di Indonesia.

Rentetan kejayaan tersebut, pihak pengurusan Bee Good Music dan Universal Music mahu memasarkan lagu itu ke negara Asia Barat.

Menurut Nuha, dia juga terbaca komen peminat dari Casablanca dan negara Asia Barat lain yang mahu single tersebut dihasilkan sepenuhnya dalam bahasa Arab.


IG Nuha

“Alhamdulillah, lagu ini mempunyai magis yang tersendiri dan kejayaan sentuhan abang Daqmie dan Wan Salleh hingga mendapat perhatian orang luar adalah sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan.

“Bukan semua komposer boleh menghasilkan lagu sehebat ini, apatah lagi abang Daqmie sebelum ini lebih banyak fokus kepada penerbitan lagu nasyid dan genre agak berat,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 28-10-2022 11:46 AM
so what? ko yg hadap jadi retis walaupun suara seperti gagak bunting.

artis kan.. harus segalah celah kau diviralkan.

ko yg nyanyi hauk deknon. cari dkt youtube pon hado.
tayah lah nk sentap sgt. bukan nya video fitnah. video ko terang terang nyanyi macam haremmm
Quote cikatilia 28-10-2022 11:59 AM
video tu sentiasa ada kat youtube dan platform2 lain
Quote ayukpingu 28-10-2022 12:00 PM
wow, awal nya bitter sis

patut kena prepare emosi awal2...dah jadi public figure ni, kisah kau umur 3 tahun pun orang gali
Quote red_velvet 28-10-2022 12:04 PM
Edited by red_velvet at 28-10-2022 12:05 PM

Kenapa si emak nak terguris ngan netizen ? Yang nyanyi tu anak makcik sendiri, bukan sapa2 sabotaj pun.... Patutnya terguris lah dengan anak makcik tu....dah lahirkan elok2,  dibesarkn dgn baik, diajar cakap yg baik2 tapiiii still nk menyanyi terlolong2 macam yenna mati laki.....takde sapa suruh punnn.. anak macik  sendiri yg getik gedik nk masuk pertandingan nyanyi n nak  jadi penyanyi..... hadap lahhh
Quote Afifi82 28-10-2022 12:08 PM
Loh.. sendiri yg nyanyi dgn hauk, sendiri emo ka. Alahai .
Quote shiraloveyou 28-10-2022 12:12 PM
Akak harap ko jadikan abdul fattah sbg role model...org cerca dia macam2 suara kepit,lagu hauk, buku hauk, lakonan hauk..rakan artis perli dia kayu, tiang segala bagai tapi dia bolayan jah...
Quote prince_marhaen 28-10-2022 12:13 PM
...dah anak kau suara macam itik tercekik dedak...nak expect orang memuji ke? lagu popular pun sebab catchy, bukan sebab suara pun... jangan nak feeling international sangat lah dik
Quote tuttt 28-10-2022 12:13 PM
red_velvet replied at 28-10-2022 12:04 PM
Kenapa si emak nak terguris ngan netizen ? Yang nyanyi tu anak makcik sendiri, bukan sapa2 sabotaj p ...

Mak sampai ke sepupu terguris. Dh kenapa sepupu sheolls ni hahahaha
Quote LadyCarefree 28-10-2022 12:14 PM
Awak yg nyanyi hauk, orangramai pula disalahkan.

Melampaunya over sampai sedara mara pun terguris hati?

Baru one hit wonder dah macam diva. Suara hauk. Rupa hauk. Perangai hauk. Harapkan lagu je viral. Itupun iols xleh nak dengar sbb bunyi macam.dia nyanyi mulut penuh air liur. Zaman dah moden pon pakai braces besi lagi. Busuklah. Duit dah banyak pi buat braces jenis mahal elok dan mulut xbusuk. Cakap pun xyah penuh airliur bunyi.
Quote bulalof 28-10-2022 12:16 PM
apa yg lebih dikesalkan adalah rakyat Malaysia terpaksa menanggung derita dengan kehadiran beliau sebagai penyanyi.
Quote LadyCarefree 28-10-2022 12:16 PM
"Kalau awak berniat hendak memburukkan saya, sebenarnya saya sangat risau kerana awak turut mengajak orang lain melakukan dosa dengan menjatuhkan orang lain"

Hahahahahahhaa lawaknya statement ni. Dah kau nyanyi xsedap. Kau yg burukkan diri sendiri. Ikut logic kai, kaulah yg jadi penyebab orang kutuk. Kaulah yg dosa.
Quote Sazreena 28-10-2022 12:17 PM
Jgn cepat koyak..at least lagu ko letop la jugek.
Quote gambatae 28-10-2022 12:29 PM
Whatever lah dik.. tak minat langsung pun kat ko sbb lo mmg hauk dari dulu, kini & selamanye
Quote Lavender_Violet 28-10-2022 12:55 PM
Ibu sepupu sepapat terguris???
So what???
Kitorang kisah ke? Perlu ke nak jaga hati segala family ko?
Dah mmg ko nyanyi tak sedap pun kan masa tu
Quote nawtylulu 28-10-2022 01:17 PM
relax la dik.. bnde betul, trima jela.. ehhhh..
Quote bankerpencen 28-10-2022 01:18 PM
Motif kitorang kena jaga hati family kau? Bukannya orang edit video2 tu dan letak suara orang lain yang lagi sumbang (if that’s even possible to find one), semua tu kau yang nyanyi. Nangis la berbaldi-baldi pun, takdenya la orang nak simpati
Quote KucingBiru 28-10-2022 01:20 PM
Sepupu kau takde life ke dik?
Quote heythere123 28-10-2022 01:21 PM
dah tu kenapa ko nyanyi time suara sumbang dulu? polish la dulu baru perform & record
Quote alieyrina 28-10-2022 01:22 PM
Tu lah harga yg kita bayar kalau jadi seleb ni. Eh seleb keww

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.174169 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top