Pengarah filem Avatar dan Titanic, James Cameron mengkritik produksi terbitan Marvel serta DC gara-gara barisan pelakon gagal menghayati watak dengan baik.
Cameron berkata, kesemua karakter dalam filem adiwira itu berlakon seperti ‘budak sekolah’ dan tegasnya, bukan begitu cara pembikinan sesebuah produksi yang dipasarkan ke seluruh dunia. “Saya juga mahu menghasilkan filem dengan teknik pengarah lain tidak lakukan. Apabila saya melihat filem luar biasa seperti ini, saya akan melihat Marvel dan DC sebagai penanda aras. “Tidak kisah berapa lama watak itu pernah dilakonkan sebab semuanya berlakon macam budak sekolah,” sindirnya semasa diwawancara New York Times, kelmarin. Menurut Cameron, beliau juga tidak bersetuju bagaimana filem adiwira tersebut menjengah pawagam. “Nampak seperti ada hubungan, tetapi sebenarnya tidak. Ada babak mengenai kuasa, kasih sayang dan apakah tujuan semua itu? Sedangkan, kesemua watak tersebut tidak pernah mengalaminya dan saya rasa bukan itu caranya untuk menghasilkan filem,” katanya. Dalam kesempatan itu, Cameron turut berkongsi mengenai filem Avatar 2 yang akan menjengah pawagam di seluruh dunia. Cameron merupakan sutradara pertama yang mengkritik filem adiwira sejak syarikat produksi tersebut mendominasi carta pecah panggung. Sumber: Utusan
|
Supersirap: Bila nak keluar avatar yang&nb ...
prince_marhaen replied at 28-10-2022 11:26 AM
meols fan Marvel & DC pun setuju ngan pacik cameron ni... kalau filem dia & spielberg, mostly pelako ...
Adrif replied at 29-10-2022 02:06 AM
setuju.. Marvel & DC sangat la teruk sekarang ni.. ke tahap mengecewakan
apalancut replied at 29-10-2022 04:38 AM
mmg la lakonan budak sekolah.. sebab diaorang nak audience yang lebih luas boleh ngam dengan pelbaga ...
annehuda replied at 5-11-2022 11:13 AM
Meols tgk trailer avatar baru ni meols rasa movie tu bakalan flop kot. Dahle 3 jam plak tu running t ...
annehuda replied at 5-11-2022 11:13 AM
Meols tgk trailer avatar baru ni meols rasa movie tu bakalan flop kot. Dahle 3 jam plak tu running t ...
annehuda replied at 5-11-2022 11:13 AM
Meols tgk trailer avatar baru ni meols rasa movie tu bakalan flop kot. Dahle 3 jam plak tu running t ...
Adrif replied at 29-10-2022 02:06 AM
setuju.. Marvel & DC sangat la teruk sekarang ni.. ke tahap mengecewakan
ADVERTISEMENT