CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Kampung Jelita Dan Muda Jadi Perhatian

27-10-2022 06:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1396| Komen: 4

JAKARTA – Seorang ketua kampung di bandar Malang, wilayah Jawa Timur menjadi perhatian netizen Indonesia kerana memiliki rupa paras jelita di samping usia yang dianggap muda untuk memegang jawatan tersebut,  lapor laman berita Sindonews.


Rendyta Witrayani Setyawan, 27, dilaporkan sudah enam tahun mendedikasikan hidupnya untuk berkhidmat kepada penduduk Kampung Senggreng.

Wanita itu berkata, dia terpilih menjadi anggota jawatankuasa kampung seawal usia 21 tahun sebelum bertanding dalam proses pemilihan ketua kampung bagi tahun 2022.


Foto: Sindonews

Rendyta merupakan satu-satunya calon ketua kampung wanita daripada 11 calon yang bertanding. Selepas menjalani proses saringan, dia berjaya ke peringkat akhir bersama dua calon lain.


Kini, gadis itu  berkhidmat sebagai ketua kampung dan mengabdikan ilmu serta dirinya untuk masyarakat Kampung Senggreng.

“Saya memang ingin mengabdikan waktu dan tenaga untuk Kampung Senggreng termasuk memberikan sepenuh tenaga, fikiran dan waktu untuk kampung kelahiran saya ini,” ujarnya.

Tambah Rendyta, dia enggan hanya dipandang sebagai seorang wanita yang cantik secara fizikal, bahkan apa lebih penting adalah dia berkhidmat kepada penduduk kampungnya secara maksimum. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 27-10-2022 06:47 PM
ketua kampung cmni lah patut bermadu dengan jusa c minus bukan tangan gemuk macam tiang tnb
Quote insulin 27-10-2022 06:54 PM
Wow. Ini memang lain dari yang lain.
Quote gideoncross 27-10-2022 07:30 PM
Yg ni iol skong wlaupun dri Yindonezia, girl powerrrr.
Quote rosedemon 28-10-2022 10:47 AM
camane nak mohon jadi ktua kampung

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.136108 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top