CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 910|Reply: 4

Ketua Kampung Jelita Dan Muda Jadi Perhatian

[Copy link]
Post time 27-10-2022 06:44 PM | Show all posts |Read mode
JAKARTA – Seorang ketua kampung di bandar Malang, wilayah Jawa Timur menjadi perhatian netizen Indonesia kerana memiliki rupa paras jelita di samping usia yang dianggap muda untuk memegang jawatan tersebut,  lapor laman berita Sindonews.


Rendyta Witrayani Setyawan, 27, dilaporkan sudah enam tahun mendedikasikan hidupnya untuk berkhidmat kepada penduduk Kampung Senggreng.


Wanita itu berkata, dia terpilih menjadi anggota jawatankuasa kampung seawal usia 21 tahun sebelum bertanding dalam proses pemilihan ketua kampung bagi tahun 2022.




Foto: Sindonews




Rendyta merupakan satu-satunya calon ketua kampung wanita daripada 11 calon yang bertanding. Selepas menjalani proses saringan, dia berjaya ke peringkat akhir bersama dua calon lain.


Kini, gadis itu  berkhidmat sebagai ketua kampung dan mengabdikan ilmu serta dirinya untuk masyarakat Kampung Senggreng.


“Saya memang ingin mengabdikan waktu dan tenaga untuk Kampung Senggreng termasuk memberikan sepenuh tenaga, fikiran dan waktu untuk kampung kelahiran saya ini,” ujarnya.


Tambah Rendyta, dia enggan hanya dipandang sebagai seorang wanita yang cantik secara fizikal, bahkan apa lebih penting adalah dia berkhidmat kepada penduduk kampungnya secara maksimum. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 06:47 PM | Show all posts
ketua kampung cmni lah patut bermadu dengan jusa c minus bukan tangan gemuk macam tiang tnb
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 06:54 PM | Show all posts
Wow. Ini memang lain dari yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 07:30 PM | Show all posts
Yg ni iol skong wlaupun dri Yindonezia, girl powerrrr.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 10:47 AM | Show all posts
camane nak mohon jadi ktua kampung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.472127 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list