MELAKA – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengugut untuk membunuh anaknya berusia 12 tahun menggunakan parang dan mencederakan isteri serta dua anak yang lain, minggu lalu.
Tertuduh, Roni Abraham, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja lima pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Izwan Mohamed Noh. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nafizah Mohd. Salleh, 38, dengan memukul pipi kiri dan seluruh badan mangsa menggunakan tangan. Dalam pertuduhan kedua sehingga keempat, tertuduh didakwa telah menyebabkan kecederaan terhadap tiga anaknya masing-masing berusia 10, 12 dan 13 tahun dengan cara menumbuk, menendang serta menampar kanak-kanak berkenaan. Bagi kesemua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara selama dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa telah membuat ugutan jenayah dengan meletakkan parang di pipi kiri dan kanan anaknya berusia 12 tahun dengan berkata kepada isteri “kau nak anak kau hidup ke mati” yang mana ugutan dibuat adalah untuk menyebabkan kematian. Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali. Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh pada pukul 11 pagi di sebuah rumah di Bukit Tempayan, Tanjung Kling, dalam daerah Melaka Tengah, 17 Oktober lalu. Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh 24 November depan sebagai sebutan semula kes. Dalam prosiding berasing di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mencucuh putung rokok di lengan kanan dan di tepi mata sebelah kiri isterinya. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana daripada hukuman tersebut. Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri memohon agar tertuduh dihantar ke pusat rawatan psikatrik untuk menjalani pemeriksaan susulan perbuatan dilakukan didakwa berlaku dalam keadaan tidak sedar. Ismail kemudian membenarkan pemeriksaan itu dilakukan di Hospital Permai, Johor mengikut Seksyen 342 Subseksyen 3 Kanun Tatacara Jenayah. – CARI Sumber: Kosmo
|
she replied at 27-10-2022 06:43 PM
Spesis yang bila dia berasa dia lelaki, suami dan ayah
Dia berkuasa mutlak
gideoncross replied at 27-10-2022 07:34 PM
Dlu ex iol ada yg cmni, just bcs he's a male, boleh plak dia prasan knonnya he's everything tpi yg ...
she replied at 27-10-2022 09:21 PM
Ex bf macik pun camni ler dulu
Masa uni
Dimarahnya macik nak balik beraya rumah family
she replied at 27-10-2022 09:21 PM
Ex bf macik pun camni ler dulu
Masa uni
Dimarahnya macik nak balik beraya rumah family
gideoncross replied at 29-10-2022 07:57 AM
Gila ke apa tumbuk prmpuan sukati2? Pstu uol buat apa? Tngh2 public area tu, lahabau tol.
ADVERTISEMENT