View: 2039|Reply: 23
|
Penganggur Pukul Isteri Dan Ugut Nak Bunuh Anak
[Copy link]
|
|
MELAKA – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengugut untuk membunuh anaknya berusia 12 tahun menggunakan parang dan mencederakan isteri serta dua anak yang lain, minggu lalu.
Tertuduh, Roni Abraham, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja lima pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nafizah Mohd. Salleh, 38, dengan memukul pipi kiri dan seluruh badan mangsa menggunakan tangan.
 Foto: Kosmo
Dalam pertuduhan kedua sehingga keempat, tertuduh didakwa telah menyebabkan kecederaan terhadap tiga anaknya masing-masing berusia 10, 12 dan 13 tahun dengan cara menumbuk, menendang serta menampar kanak-kanak berkenaan.
Bagi kesemua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara selama dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa telah membuat ugutan jenayah dengan meletakkan parang di pipi kiri dan kanan anaknya berusia 12 tahun dengan berkata kepada isteri “kau nak anak kau hidup ke mati” yang mana ugutan dibuat adalah untuk menyebabkan kematian.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.
Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh pada pukul 11 pagi di sebuah rumah di Bukit Tempayan, Tanjung Kling, dalam daerah Melaka Tengah, 17 Oktober lalu.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh 24 November depan sebagai sebutan semula kes.
Dalam prosiding berasing di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mencucuh putung rokok di lengan kanan dan di tepi mata sebelah kiri isterinya.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana daripada hukuman tersebut.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri memohon agar tertuduh dihantar ke pusat rawatan psikatrik untuk menjalani pemeriksaan susulan perbuatan dilakukan didakwa berlaku dalam keadaan tidak sedar.
Ismail kemudian membenarkan pemeriksaan itu dilakukan di Hospital Permai, Johor mengikut Seksyen 342 Subseksyen 3 Kanun Tatacara Jenayah. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Spesis yang bila dia berasa dia lelaki, suami dan ayah
Dia berkuasa mutlak |
|
|
|
|
|
|
|
Dlu ex iol ada yg cmni, just bcs he's a male, boleh plak dia prasan knonnya he's everything tpi yg sbnarnya bodoh mmpus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suami giler bapak gila elok tkyah ada kat muka bumi lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 27-10-2022 07:34 PM
Dlu ex iol ada yg cmni, just bcs he's a male, boleh plak dia prasan knonnya he's everything tpi yg ...
Ex bf macik pun camni ler dulu
Masa uni
Dimarahnya macik nak balik beraya rumah family
Dia suruh ikut dia beraya kat umah mak dia kat Somban
Macik tengah tunggu bas kat Pudu
Dia tumbuk macik depan McD Pudu tu
Terus putusss
Dan dia sampai sekarang masih nak berbaik dengan macik
Waima dah dekat 27 tahun kejadian tu |
|
|
|
|
|
|
|
ni sbb dadah ke sbb gila ni |
|
|
|
|
|
|
|
Seksa hidup dalam keluarga macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Babi mcm ni, bagus kau racun je makanan dia
Letak racun yg susah nak detect punya. Hah mampos dia berbuih kat lantai. Daah berbuih, kau pijak kan muka dia, then gilir2 suruh anak2 yg dia bantai tu, simbah clorox dkt muka dia.
Baru dia tau langit tinggi rendah. Dan mampos sejurus itu
 |
|
|
|
|
|
|
|
kesian bini and anak2...derita ade bapak bewak tak sedar diuntung gini.
elok mati digelek lori je la..bikin susah orang tak habis2.
esok lepas kluar jail, confirm dia bikin onar lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
mohon penjara maksimum 20 taun n isteri terus minta fasakh jgn di bela org gini. |
|
|
|
|
|
|
|
Gila ke apa tumbuk prmpuan sukati2? Pstu uol buat apa? Tngh2 public area tu, lahabau tol.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sapa tak stress wooooooo bila menganggur joblesss... lelaki kan sepatutnya jadi provider...
Tambah plak bini level biawak idup... langsung takde membantu.. pemalas ke |
|
|
|
|
|
|
|
teruk sungguh lelaki begini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penganggur pon gemok.. Enak2 duduk rumah ye.. Kompom xbuat keje ape2 pon kt rumah khennn |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 27-10-2022 09:21 PM
Ex bf macik pun camni ler dulu
Masa uni
Dimarahnya macik nak balik beraya rumah family
Amboiiii naik tangan kat pompuan.. seelok nya kena tinggal tanpa notis yach.. bodo punya jantan  |
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 29-10-2022 07:57 AM
Gila ke apa tumbuk prmpuan sukati2? Pstu uol buat apa? Tngh2 public area tu, lahabau tol.
Meols call bff
Dia datang amek naik LRT
Meols beraya rumah dia kat Sentul
Sebab muka bengkak2
Mak bff tak bagi balik rumah parents
Masih ada lagi gambau raya dengan family bff
Mata sembab hahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 29-10-2022 08:02 AM
Amboiiii naik tangan kat pompuan.. seelok nya kena tinggal tanpa notis yach.. bodo punya jantan : ...
Syukurrrrr macik angkat kaki awal2
Eh uols dah tengok ke movie 20th Century Girl
Pleaseee pegi ler tengok
|
|
|
|
|
|
|
| |
|