Beto Kusyairy melakukan sendiri aksi lagak ngeri dengan tubuhnya dibakar dalam satu babak telefilem Halimun lakonannya.
Beto ketika ditemui di tayangan perdana dan sidang media Halimun berkata, dia ingin watak lakonannya sebagai Zahir lebih berkesan sekali gus merealisasikan impiannya untuk melakukan aksi lagak ngeri itu sendiri. "Dari zaman saya buat aksi lagak ngeri lagi, saya memang nak buat 'human torch' ini. Alhamdulillah, berjaya juga saya lakukan dengan adanya pasukan yang sangat bagus. "Dari sudut watak itu sendiri, saya rasa lebih menarik kalau 'Zahir' itu rasa sendiri. Selain itu, ia juga memberi kepuasan kepada saya sebagai pelakon," katanya.
|
ADVERTISEMENT