|
Beto Kusyairy melakukan sendiri aksi lagak ngeri dengan tubuhnya dibakar dalam satu babak telefilem Halimun lakonannya.
Beto ketika ditemui di tayangan perdana dan sidang media Halimun berkata, dia ingin watak lakonannya sebagai Zahir lebih berkesan sekali gus merealisasikan impiannya untuk melakukan aksi lagak ngeri itu sendiri.
Foto: Harian Metro
"Dari zaman saya buat aksi lagak ngeri lagi, saya memang nak buat 'human torch' ini. Alhamdulillah, berjaya juga saya lakukan dengan adanya pasukan yang sangat bagus.
"Dari sudut watak itu sendiri, saya rasa lebih menarik kalau 'Zahir' itu rasa sendiri. Selain itu, ia juga memberi kepuasan kepada saya sebagai pelakon," katanya.
Bagi menjayakan babak yang memakan durasi sekitar 30 saat itu, Beto juga mengalami cedera ringan.
"Selepas babak itu, bibir saya melecur sikit. Ini kerana ketika pasukan produksi menyapu jel kebakaran (untuk elak kesan melecur) di muka, saya kemam bibir.
"Jadi, bahagian bibir tak disapu jel itu dengan rata. Jadi, bila babak itu dijalankan, maka bahagian bibir melecur sedikit. Tapi, tak serius pun," katanya.
Selain Beto, telefilem arahan Muzzamer Rahman itu turut dibintangi Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim dan ramai lagi. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|