CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cliff Umar Bosan Cerita Peribadi Terus Diungkit, Enggan Ulas Dakwaan Abai Nafkah Anak-Anak

27-10-2022 10:52 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2873| Komen: 11|Original author: Tatod

Sumber Utusan


Penyanyi Cliff Umar, 39, mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai dakwaan bekas isteri mengenai isu nafkah anak-anak yang dikatakan gagal ditunaikan sejak sedekad yang lalu.

Menerusi laporan BH Online, Cliff atau lebih selesa disapa sebagai Boy memilih untuk memberikan tumpuan terhadap usaha untuk mencari rezeki dan enggan mengaibkan bekas isterinya.

"Kalau saya perlu membuat kenyataan mengenai peribadi, saya akan meletakkan diri dalam situasi yang sama dengan pihak sana.


"Apabila saya letakkan diri dalam situasi pihak sana, adakah saya akan membuka aib dia?

Bekas isteri dan anak-anak Cliff Umar. SUMBER Myartis.

"Perlukah saya berbuat begitu? Tak perlulah. Dia emak, dia mesti nak kejar sesuatu untuk anak-anaknya... Tak salah.

"Saya pun ada salah," katanya yang ditemui selepas sidang media Konsert Kolaboraci Three To Rock di Hard Rock Cafe.

Terdahulu, tular sebuah video seorang wanita mendakwa bekas isteri Cliff mendedahkan penyanyi terbabit mengabaikan nafkah anak-anak.

Wanita tersebut merayu Cliff bertanggungjawab ke atas anak-anak dalam aspek perbelanjaan.


Sementara itu, memetik laporan Utusan, Cliff memohon agar semua pihak berhenti memperkatakan soal peribadinya, sebaliknya memberikan lebih perhatian terhadap kerjayanya sebagai penyanyi.

"Saya sampai tahap bosan apabila cerita peribadi terus diperkatakan.

"Bila saya keluarkan lagu, tiada pula yang bertanya," katanya.

Dalam perkongsian itu juga, wanita terbabit mendakwa terpaksa meminta pertolongan mendapatkan kediaman, malah, Cliff dikatakan tidak mengendahkan anak-anak ketika sakit. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 27-10-2022 11:10 AM
sendu nya heolsss
Quote prince_marhaen 27-10-2022 12:01 PM
dah lah sendu, berkerak, pemalas kerja, biawak, bapak tak guna pulak tu... moga tersungkur dan masuk peti sejuk beku saiz keranda kembali ye...
Quote bulalof 27-10-2022 12:22 PM
kalau urine test ni ada harapan tinggi sangkut...
Quote maharani_gebu 27-10-2022 12:41 PM
jandanyer pun.... pegilah bukak file kat mahkamah syariah..

10 tahun takde nafkah ko ontok-ontok tak berkutik... bila orang tu dh menang gv tiber plak nak bising nak rayu bagai....

klau cliff ni tersingkir awal agak-agak dia berkokok tak?

bukan nak bekap si cliff... dia pun ngaku dia culas gak... tp tak rasa ke janda dia pun sama batak perhatian?
Quote MatDeghem 27-10-2022 01:15 PM
maharani_gebu replied at 27-10-2022 12:41 PM
jandanyer pun.... pegilah bukak file kat mahkamah syariah..

10 tahun takde nafkah ko ontok-ontok ta ...

sebelum dia menang GV dia merempat tarak duit. mintak pun tak guna.  tak akan dapat. Tapi bila dia menang GV makna dia ada duit kan. Sudah tentu binik dia ber suara.

bg mat rasa tentu binik dah file tapi dah give up. sebab tu dia bersuara di social media.

di malaysia perkara biasa bapak lepas tanggung jawab anak....orang akan tetap salahkan binik. Heran ehhhh






Quote maharani_gebu 27-10-2022 01:20 PM
MatDeghem replied at 27-10-2022 01:15 PM
sebelum dia menang GV dia merempat tarak duit. mintak pun tak guna.  tak akan dapat. Tapi bila dia ...

eh.. kalau dah file mana blh gibab melainkan dia sendiri withdraw the case... perintah mahkamah mana blh main-main... kalau tak hadir saman bh kena waran tangkap kan...

ntahlah... hakak pun tgh berkira-kira nak panjat mahkamah syariah ni nak tuntut nafkah... kalau kes dia ni di krik-krik oleh pihak sana... mmg hakak pun gibab rasanyer.. baik tayah file kes... anto jer santau
Quote Sachacha 27-10-2022 01:21 PM
Tak bertanggungjawab nya dia ni
Quote buragazz 27-10-2022 02:15 PM
kuat betul baka kicap dia ni kan...
Quote inspektoremos21 27-10-2022 02:35 PM
Hampir lupa heols ni juara gv. Iols lebih restu kalau muss yg jadi juara tapi dah rezeki cliff kan.. cliff ni iols tak berapa kenan sebab mcm sentiasa lalok je.
Quote shernazz 27-10-2022 02:44 PM
maharani_gebu replied at 27-10-2022 01:20 PM
eh.. kalau dah file mana blh gibab melainkan dia sendiri withdraw the case... perintah mahkamah ma ...

Iols doakan moga dipermudahkan urusan uols
Quote maharani_gebu 27-10-2022 03:24 PM
shernazz replied at 27-10-2022 02:44 PM
Iols doakan moga dipermudahkan urusan uols

aamiin.... tenkiu... nah munger

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.078510 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top