Sumber Utusan
Penyanyi Cliff Umar, 39, mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai dakwaan bekas isteri mengenai isu nafkah anak-anak yang dikatakan gagal ditunaikan sejak sedekad yang lalu.
Menerusi laporan BH Online, Cliff atau lebih selesa disapa sebagai Boy memilih untuk memberikan tumpuan terhadap usaha untuk mencari rezeki dan enggan mengaibkan bekas isterinya.
"Kalau saya perlu membuat kenyataan mengenai peribadi, saya akan meletakkan diri dalam situasi yang sama dengan pihak sana.
"Apabila saya letakkan diri dalam situasi pihak sana, adakah saya akan membuka aib dia?
Bekas isteri dan anak-anak Cliff Umar. SUMBER Myartis.
"erlukah saya berbuat begitu? Tak perlulah. Dia emak, dia mesti nak kejar sesuatu untuk anak-anaknya... Tak salah.
"Saya pun ada salah," katanya yang ditemui selepas sidang media Konsert Kolaboraci Three To Rock di Hard Rock Cafe.
Terdahulu, tular sebuah video seorang wanita mendakwa bekas isteri Cliff mendedahkan penyanyi terbabit mengabaikan nafkah anak-anak.
Wanita tersebut merayu Cliff bertanggungjawab ke atas anak-anak dalam aspek perbelanjaan.
Sementara itu, memetik laporan Utusan, Cliff memohon agar semua pihak berhenti memperkatakan soal peribadinya, sebaliknya memberikan lebih perhatian terhadap kerjayanya sebagai penyanyi.
"Saya sampai tahap bosan apabila cerita peribadi terus diperkatakan.
"Bila saya keluarkan lagu, tiada pula yang bertanya," katanya.
Dalam perkongsian itu juga, wanita terbabit mendakwa terpaksa meminta pertolongan mendapatkan kediaman, malah, Cliff dikatakan tidak mengendahkan anak-anak ketika sakit. -CARI
|