Hidangan Kentucky Fried Chicken (KFC) walaupun ringkas dengan menu ayam dan hidangan sampingan yang enak seperti kentang putar, sayuran dan juga kentang goreng pastinya digemari dan boleh dikatakan makanan mampu milik setiap orang.
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang individu memuat naik babak filem Ali Setan yang memaparkan situasi makan di sebuah restoran KFC sekitar tahun 1980an. Sedutan pendek filem itu sekaligus membuatkan individu yang lahir di tahun 80-an dan 90-an mengimbau kenangan saat makan di restoran makanan segera selain mengimbas seleksi menu yang sudah tidak wujud ketika ini.
Antara menu-menu yang sudah diberhentikan adalah seperti salad sayuran, minuman panas seperti teh cina, banana split dan nugget berbentuk huruf ABC. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil menceritakan pengalaman makan di restoran KFC ketika di awal-awal pembukaannya di Malaysia. Sumber: BeautifulNara
|
kemaruk replied at 26-10-2022 08:32 PM
zaman sekarang acik2 woke suruh kita kemas sendiri meja
tumpanglalu74 replied at 26-10-2022 08:33 PM
Selame ni ko tak buang ke sampah ko??
kemaruk replied at 26-10-2022 08:35 PM
alang2 cuci tandas KFC sekali ye dok
tumpanglalu74 replied at 26-10-2022 08:37 PM
Cuci le.. Aku tak larang pon.
kemaruk replied at 26-10-2022 08:38 PM
mesti dah pernah buat nih
tumpanglalu74 replied at 26-10-2022 08:40 PM
Konar baring je yang ko mampoo??
kemaruk replied at 26-10-2022 08:41 PM
tandas stesen minyak ko cuci tak? RnR?
tumpanglalu74 replied at 26-10-2022 08:44 PM
Kesiann.. Otak asek ingat tandas je.
kemaruk replied at 26-10-2022 08:45 PM
nampak awak, bangkem teringat tandas
tumpanglalu74 replied at 26-10-2022 08:46 PM
Bila ko nampak aku bengap oii..?
ADVERTISEMENT