CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Donna Muslim Dah Jarang Berlakon, Sibuk Jual Popia

26-10-2022 07:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5873| Komen: 60

Bekas pengacara program H!Live serta model iklan dan pelakon, Donna Muslim, 31, mengakui dia kini sudah jarang berlakon kerana sibuk dengan perniagaan 'Papapopia' yang diwarisi daripada bapanya, Nuzmul Komar, 69.


Donna atau nama sebenarnya Donna Muslim Nuzmul Komar berkata, dia serius meneruskan warisan perniagaan popia 'air tangan' bapanya dari tahun 1987 di Ampang itu sejak lima tahun lalu.

Foto: IG

"Saya sudah mengikut ayah berniaga sejak kanak-kanak lagi, cuma apabila dewasa agak sibuk dengan kerjaya sendiri dan hanya membantunya saja. Tapi, pada 2018 saya terfikir mahu serius berniaga popia yang diusahakan ayah.

"Kenapa tidak meneruskan saja perniagaan ayah kerana walaupun meniaga popia, tapi, dia (ayah) masih berjaya membesarkan kami adik-beradik dengan masing-masing mendapat pendidikan yang cukup.



"Lagipun, saya juga satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dan sangat wajar untuk menggalas tanggungjawab meneruskan warisan perniagaan popia ayah saya sendiri," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Donna, selama dia sibuk berniaga popia di gerainya, ramai pengunjung yang tidak perasan dia dulunya seorang pengacara dan pelakon kerana memakai pelitup muka.



"Namun, sejak sebulan lalu apabila gerai 'Papapopia' saya 'viral' (tular) di media sosial, ramai juga mula kenal saya terutama sebagai pengacara H!Live dulu. Apapun, saya masih bergiat dalam karier seni lagi.

"Cuma, saya ambil tawaran sesuai saja. Saya kena pilih yang tidak begitu lama di lokasi kerana nak fokus pada perniagaan. Selalunya, saya terima tawaran untuk iklan komersial, yang masa di lokasi tidak lama," katanya.



Donna yang mula dikenali dalam industri seni pada 2016, pernah membintangi drama seperti Hawa, Abang Lori Ohsem, DM Hati Awak, Aira & Qaid dan Nafas.

Selain itu, dia juga pernah terpalit gosip cinta dengan pelakon antaranya Rita Rudaini dan Wan Sharmila. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 26-10-2022 07:21 PM
Sedapnya popia... Goreng & basah dua2 best..
Quote kechikchomel 26-10-2022 08:02 PM
Ni yg budak² sekolah panggil abang popia tu ke? Ke orang lain?
Quote September14 26-10-2022 08:03 PM
Belakang umh aku je
Quote slyfynx 26-10-2022 08:27 PM
Tgk tajuk igtkan seorang wanita
Quote winky1 26-10-2022 08:34 PM
Salute. ....teruskan.
Quote imransulaiman 26-10-2022 08:39 PM
Memang nama dia DONNA ke?
Quote tukul 26-10-2022 08:55 PM
Lelaki Donna ni
Quote slyfynx 26-10-2022 08:57 PM
Khas untuk @Kurex untuk dipertimbangkan
Quote nakkomenjugak 26-10-2022 08:58 PM
Ingatkan nonok
nama perempuan sangat
orangnya dijual sekali tak?
Quote slyfynx 26-10-2022 08:58 PM

Yes, Donna Muslim bin Nuzmul Komar
Quote whimsicalmusic 26-10-2022 09:07 PM
Mcm muka nubhan versi lg macho n helok + arja lee
Quote Carcosa 26-10-2022 09:29 PM
Edited by Carcosa at 26-10-2022 09:31 PM

Dia ni dulu yg dgn si Royani kan?

Sujud syukur lah wahai Donna Summers
Kalau tak, hari2 kau kena jerit dgn si molot capoi tu
Quote tombolpintu 26-10-2022 09:33 PM
Popia dia juai sedap
Quote Carcosa 26-10-2022 09:34 PM
kechikchomel replied at 26-10-2022 08:02 PM
Ni yg budak² sekolah panggil abang popia tu ke? Ke orang lain?

Bukan laaaa
Abang Popia tu, bukan retis. Retis Tiktok jah, hehe.
Tapi murah rezeki abang tu. Suka kasi popia lebih2 dkt buyers
Quote dua_chzy 26-10-2022 09:36 PM
Hari tu tertengok vlogger cover gerai dia. Memang nampak sedap autentik legit popiah warisan dari pak dia tu. Moga bisnes terus maju dan berkembang.
Quote cicicumel 26-10-2022 09:38 PM
Dia mmg hensem weh depan2 jumpa. Hopefully str8 la ye. Btw, nama sebenar dia mmg Donna. Igtkan nama glamer. Pelik namanya. Keturunan kerala ka?
Quote Kurex 26-10-2022 10:14 PM
slyfynx replied at 26-10-2022 08:57 PM
Khas untuk @Kurex untuk dipertimbangkan

Tapi gaydar iols kuat mengatakan heshe adalah more tp bottom mcm arjaleena. Atas sikit dari nazimah. Macam mana iols nak bersemoga
Quote nazurah 26-10-2022 10:21 PM
Carcosa replied at 26-10-2022 09:29 PM
Dia ni dulu yg dgn si Royani kan?

Sujud syukur lah wahai Donna Summers

yepp... royani dan rumah kuehnya bersama donna. mesti ensem anak theyols kalau jd kawin kan... hehe

Quote miamiot 26-10-2022 10:25 PM
Muda lg Donna ni ye , zaman becinta dgn Royani umur muda bangat ... ... Taste muda RRoyani ye

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.050069 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top