View: 5198|Reply: 60
|
Donna Muslim Dah Jarang Berlakon, Sibuk Jual Popia
[Copy link]
|
|
Bekas pengacara program H!Live serta model iklan dan pelakon, Donna Muslim, 31, mengakui dia kini sudah jarang berlakon kerana sibuk dengan perniagaan 'Papapopia' yang diwarisi daripada bapanya, Nuzmul Komar, 69.
Donna atau nama sebenarnya Donna Muslim Nuzmul Komar berkata, dia serius meneruskan warisan perniagaan popia 'air tangan' bapanya dari tahun 1987 di Ampang itu sejak lima tahun lalu.
Foto: IG
"Saya sudah mengikut ayah berniaga sejak kanak-kanak lagi, cuma apabila dewasa agak sibuk dengan kerjaya sendiri dan hanya membantunya saja. Tapi, pada 2018 saya terfikir mahu serius berniaga popia yang diusahakan ayah.
"Kenapa tidak meneruskan saja perniagaan ayah kerana walaupun meniaga popia, tapi, dia (ayah) masih berjaya membesarkan kami adik-beradik dengan masing-masing mendapat pendidikan yang cukup.
"Lagipun, saya juga satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dan sangat wajar untuk menggalas tanggungjawab meneruskan warisan perniagaan popia ayah saya sendiri," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Donna, selama dia sibuk berniaga popia di gerainya, ramai pengunjung yang tidak perasan dia dulunya seorang pengacara dan pelakon kerana memakai pelitup muka.
"Namun, sejak sebulan lalu apabila gerai 'Papapopia' saya 'viral' (tular) di media sosial, ramai juga mula kenal saya terutama sebagai pengacara H!Live dulu. Apapun, saya masih bergiat dalam karier seni lagi.
"Cuma, saya ambil tawaran sesuai saja. Saya kena pilih yang tidak begitu lama di lokasi kerana nak fokus pada perniagaan. Selalunya, saya terima tawaran untuk iklan komersial, yang masa di lokasi tidak lama," katanya.
Donna yang mula dikenali dalam industri seni pada 2016, pernah membintangi drama seperti Hawa, Abang Lori Ohsem, DM Hati Awak, Aira & Qaid dan Nafas.
Selain itu, dia juga pernah terpalit gosip cinta dengan pelakon antaranya Rita Rudaini dan Wan Sharmila. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya popia... Goreng & basah dua2 best.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni yg budak² sekolah panggil abang popia tu ke? Ke orang lain? |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk tajuk igtkan seorang wanita |
|
|
|
|
|
|
|
Memang nama dia DONNA ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Khas untuk @Kurex untuk dipertimbangkan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yes, Donna Muslim bin Nuzmul Komar
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm muka nubhan versi lg macho n helok + arja lee |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Carcosa at 26-10-2022 09:31 PM
Dia ni dulu yg dgn si Royani kan?
Sujud syukur lah wahai Donna Summers
Kalau tak, hari2 kau kena jerit dgn si molot capoi tu |
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 26-10-2022 08:02 PM
Ni yg budak² sekolah panggil abang popia tu ke? Ke orang lain?
Bukan laaaa
Abang Popia tu, bukan retis. Retis Tiktok jah, hehe.
Tapi murah rezeki abang tu. Suka kasi popia lebih2 dkt buyers |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu tertengok vlogger cover gerai dia. Memang nampak sedap autentik legit popiah warisan dari pak dia tu. Moga bisnes terus maju dan berkembang. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia mmg hensem weh depan2 jumpa. Hopefully str8 la ye. Btw, nama sebenar dia mmg Donna. Igtkan nama glamer. Pelik namanya. Keturunan kerala ka? |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 26-10-2022 08:57 PM
Khas untuk @Kurex untuk dipertimbangkan
Tapi gaydar iols kuat mengatakan heshe adalah more tp bottom mcm arjaleena. Atas sikit dari nazimah. Macam mana iols nak bersemoga |
|
|
|
|
|
|
|
yepp... royani dan rumah kuehnya bersama donna. mesti ensem anak theyols kalau jd kawin kan... hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Muda lg Donna ni ye , zaman becinta dgn Royani umur muda bangat ... ... Taste muda RRoyani ye |
|
|
|
|
|
|
| |
|