CANBERRA – Sekumpulan saintis memberi amaran mengenai kejadian ribut besar di angkasa lepas yang mampu mencetuskan keadaan digelar ‘kiamat internet’ dalam dekad akan datang, lapor akhbar Daily Star.
Kejadian itu diramal akan menyebabkan gangguan talian selama berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun dengan merosakkan satelit dan talian kuasa, kata saintis. “Berdasarkan data yang tersedia, terdapat kira-kira satu peratus peluang untuk melihat ribut lain dalam dekad akan datang. “Namun, kami tidak tahu bagaimana untuk meramalkannya atau apa kemudaratan yang mungkin berlaku disebabkannya. Kemungkinan ini agak membimbangkan, dan meletakkan asas untuk penyelidikan lanjut,” kata Dr. Benjamin Pope dari Universiti Queensland di Australia.
Pasukan saintis itu menggunakan lapisan pada batang kayu untuk meramalkan fenomena sedemikian. “Letusan besar sinaran kosmik yang dikenali sebagai Peristiwa Miyake ini berlaku kira-kira sekali setiap 1,000 tahun tetapi puncanya tidak jelas. “Teori utama adalah letusan suria yang besar. Kita perlu mengetahui lebih lanjut kerana jika salah satu daripadanya berlaku hari ini, ia akan memusnahkan teknologi termasuk satelit, kabel internet, talian kuasa jarak jauh dan transformer. “Kesan ke atas infrastruktur global juga tidak dapat dibayangkan,” tambah Pope. -CARI Sumber: Kosmo
|
sharlenetexas replied at 26-10-2022 07:15 PM
Letrik ada tak?
Guna sempoalah lepas ni.
Samerosie replied at 26-10-2022 07:17 PM
Back to telex dan fax machine kah? Bestnya rindu zaman dulu.
Samerosie replied at 26-10-2022 07:17 PM
Back to telex dan fax machine kah? Bestnya rindu zaman dulu.
testly replied at 26-10-2022 07:42 PM
Jd mcm dlm citer survival family film japan tu kot.
ADVERTISEMENT