Buntu ingin menyelesaikan hutang ah long, seorang lelaki nekad membawa tong bahan api untuk menebuk lubang mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah premis di Wangsa Melawati pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 25 tahun itu gagal. “Kita menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira pukul 12.55 tengah hari, Isnin lalu. Siasatan lanjut mendapati terdapat kesan terbakar pada mesin ATM tersebut dipercayai cubaan suspek untuk menebuk lubang bagi mengambil wang di dalamnmya. “Hasil pemeriksaan televisyen litar tertutup (CCTV) jelas menunjukkan kelibat suspek masuk dan membakar mesin berkenaan menggunakan tong bahan api namun cubaannya gagal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Susulan kejadian itu, Ashari berkata, Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Wangsa Maju bersama Polis Kuala Lumpur berjaya menahan suspek kira-kira pukul 12.45 tengah malam tadi. Sehubungan itu katanya, polis telah merampas barang kes seperti pakaian semasa kejadian, tong bahan api, serta kenderaan yang digunakan suspek. “Siasatan lanjut mendapati, suspek bertindak demikian kerana terdesak ekoran mempunyai hutang yang banyak dengan ah long dan ingin melangsaikannya dengan cara mudah. “Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api) dan Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan (cuba curi). Suspek telah ditahan reman sehingga Jumaat ini,” jelasnya. -CARI Sumber: Kosmo
|
Skuau replied at 26-10-2022 07:00 PM
sapa2 yg kena kejar along mohon la msk penjara...along xleh kacau dh....
imransulaiman: Aku ada kawan terjebak pinjam along.. Tapi setakat ni along tak kacau dia sebab payment dia ok tiap bulan. Cumanya memang seramlah..dia pinjam 5K je.. ...
imransulaiman replied at 26-10-2022 08:35 PM
Aku ada kawan terjebak pinjam along.. Tapi setakat ni along tak kacau dia sebab payment dia ok tiap ...
imransulaiman replied at 26-10-2022 08:35 PM
Aku ada kawan terjebak pinjam along.. Tapi setakat ni along tak kacau dia sebab payment dia ok tiap ...
sardintin replied at 26-10-2022 09:44 PM
uishhh, byknya bunga. x sangka pulak kene mcmtu. giler lah
mojarean_X replied at 26-10-2022 09:54 PM
Utk apa dia pinjam chuols 5k tu?
lurkingaround replied at 26-10-2022 09:57 PM
.
Mengapa PDRM tak hapuskan along2 dan kongsi2 gelap.? Polis pengecut.?
.
imransulaiman replied at 26-10-2022 08:35 PM
Aku ada kawan terjebak pinjam along.. Tapi setakat ni along tak kacau dia sebab payment dia ok tiap ...
ADVERTISEMENT