CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

30 Kru Filem Terperangkap Dalam Gua Tempurung

26-10-2022 06:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1617| Komen: 11

GOPENG – Sekurang-kurangnya 30 individu terdiri kru pengambaran filem terkandas dalam Gua Tempurung dekat Kampung Gunung Mesah, Gopeng di sini hari ini.

Difahamkan, hujan berterusan sejak pukul 3 petang menyebabkan laluan keluar gua berkenaan dinaiki air.


Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, kesemua mereka sedang menjalankan aktiviti penggambaran di kawasan berkenaan.

“Kejadian berlaku disebabkan air naik mendadak di laluan keluar gua berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak pukul 3 petang. Pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 26-10-2022 06:52 PM
terus la shooting....'terperangkap dalam gua tempurung'...apa susah....
Quote Tinot7 26-10-2022 07:01 PM
Semoga slamat..
Quote cap_ayam 26-10-2022 07:46 PM
Semoga selamat semuanya.. mcm kes bebudak kat Thailand tu .. terperangkap jugak..
Quote Cassieopeia 27-10-2022 09:24 AM
gua tempurung ni mmg ada tempat yg tenggelam air. dlu kitrog mmg kne selam skit utk keluar. tp hujan lebat ni abis tenggelam kot plus byk barang kamera semuakan.
Quote rbmy 27-10-2022 10:41 AM
cap_ayam replied at 26-10-2022 07:46 PM
Semoga selamat semuanya.. mcm kes bebudak kat Thailand tu .. terperangkap jugak..

thai cave. best tgk kat netflix.

Quote stingergrumpy 27-10-2022 10:43 AM
Cassieopeia replied at 27-10-2022 09:24 AM
gua tempurung ni mmg ada tempat yg tenggelam air. dlu kitrog mmg kne selam skit utk keluar. tp hujan ...

Pak mael sampai ler jap lagi.....to gembleng usaha menyelamat......

Quote KamikuP 27-10-2022 10:44 AM
Semoga selamat. Krew dari Sinapore kan?
Quote rosedemon 27-10-2022 10:49 AM
seb bek selamat dah kan kot tak dah ditelan bumi la kome
Quote cap_ayam 27-10-2022 01:15 PM
rbmy replied at 27-10-2022 10:41 AM
thai cave. best tgk kat netflix.

Memang terperinci penceritaan. Layak bagi 5 bintang.
Quote Artemesiaa 27-10-2022 01:19 PM
Dah selamat keluar semuanya.  Lain kali nak shooting pilem ke hapa tengok ler keadaan cuaca tempat yang dipilih tu dulu.  Tanya dulu orang yang biasa kesana membahaya ke tidak kesana time musim hujan ni.  Kan dah menyusahkan orang nak kena bantu selamatkan.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.045523 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top