SABAK BERNAM – Peristiwa hitam ditangkap berkhalwat dengan suami orang menjadi titik penyesalan tidak berpenghujung kepada seorang gadis sejak lebih setahun lalu.
Rokiah (bukan nama sebenar), 23, berkata dia dan lelaki berusia 46 tahun itu berkenalan ketika menjadi sukarelawan di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang sekitar pertengahan tahun lalu. Menurut anak tunggal itu, perkenalan mereka selama lima bulan dipenuhi pelbagai janji manis sehingga hubungan terlarang berkenaan dihidu isteri lelaki tersebut. “Selepas terbongkar akibat ditangkap berkhalwat, lelaki itu baru memberitahu bahawa dia mempunyai masalah dengan isterinya.
“Pada waktu itu, saya sedang menuntut di sebuah universiti swasta dan turut tidak diketahui ahli keluarga sehingga didakwa di mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas majlis Hari Kecemerlangan Pelatih Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), hari ini. Rokiah antara 20 pelatih Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan di sini, yang diraikan pada majlis yang disempurnakan Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin dan Penguasa Baitul Ehsan, Nazatushima Osman. Kata Rokiah, dia pada mulanya memberontak kerana enggan dimasukkan oleh ibu bapanya ke pusat perlindungan itu dan kini kehidupannya lebih teratur selain mula mendekatkan diri dengan ilmu agama serta menunaikan solat lima waktu. “Biarpun kehilangan kawan akibat kes khalwat itu namun tidak mematahkan semangat untuk meneruskan kehidupan,” katanya yang bercita-cita menjadi askar. Tambahnya, dia kini amat menginsafi perbuatannya dan bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian sebelum memasuki Baitul Ehsan. – CARI Sumber: Kosmo
|
Acikgomen replied at 26-10-2022 06:31 PM
Ape kesudahan jantan bedebah tak sadar di untung tuh pulak
Suchi replied at 27-10-2022 12:34 PM
Kenapa plak dia kena masuk umah perlindungan tu? Dia pregnant ke? Biasanya kes nk sorok kandungan je ...
Suchi replied at 27-10-2022 12:34 PM
Kenapa plak dia kena masuk umah perlindungan tu? Dia pregnant ke? Biasanya kes nk sorok kandungan je ...
ADVERTISEMENT