CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dengar Muzik Serunai, Pengantin Di Kelantan Naik Syeikh! Kaki Menggeletar Terus Bangun Bersilat!

26-10-2022 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6387| Komen: 90

Seorang pengantin lelaki ‘naik syeikh’ ketika melihat persembahan silat dan alunan muzik serunai di majlis perkahwinannya.

Kejadian yang dipercayai berlaku di salah sebuah daerah di Kelantan itu sempat dirakam dan dimuat naik di TikTok oleh salah seorang tetamu yang hadir.

Perkongsian video tersebut telah tular di media sosial sehingga meraih 6 juta tontonan dengan lebih 11 ribu perkongsian.

Foto: tiktok

Susulan itu, majoriti netizen berpendapat pengantin lelaki tersebut mempunyai darah persilatan atau mempunyai salasilah keturunan yang mempunyai ilmu yang berkaitan dengan kesenian ilmu orang tua-tua dahulu.


“Darah gayong seni silat dengar muzik pun ketar tubuh badan,” tulis seorang netizen.


“Bahaya muzik ni tambah dengan main silat lagi, banyak kes yang jadi macam ni dekat kampung,” komen seorang netizen lagi.

“Keluarga saya pun macam ni, arwah ayah guru silat, kami sekeluarga memang tidak boleh dengar alunan serunai, automatik akan gelisah dan rasa ingin turut sama bersilat,” kongsi netizen yang lainnya.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang meninggalkan komen sinis dan menggelikan hati kepada aksi pengantin lelaki tersebut.

“Bila hantaran terlalu mahal, kebetulan bapa mertua yang buka silat,” komen seorang netizen.

“Ini bukan darah pahlawan tapi ini ada darah tinggi cepat sangat marah-marah,” kata seorang pengguna.

Bagaimanapun, perkara sebegini sememangnya wujud dan terjadi kepada mereka yang mempunyai ilmu persilatan dan juga kesenian lain seperti Mak Yong, ‘main teri’ dan lain lain – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 26-10-2022 05:33 PM
ade kena mengena dengan setan tak
Quote Kurex 26-10-2022 05:47 PM
Hayoooo berlantaikan pasir jah
Quote Nham22 26-10-2022 05:49 PM
Uishhhh mmg menurunnn mcm dipanggil2x... Addictedpom yea
Quote TuntungReturn 26-10-2022 05:49 PM
ilmu pelik2 ni elok la buang. kesan dia kt isteri ngn anak nnti.
Quote dua_chzy 26-10-2022 05:50 PM
Bini boleh la pasang muzik serunai malam2 kalau nak BDSM.
Quote dua_chzy 26-10-2022 05:51 PM
renko replied at 26-10-2022 09:33 AM
ade kena mengena dengan setan tak

Nampak macam ada penyakit mental pula pengantin lelaki tu.
Quote renko 26-10-2022 05:52 PM
dua_chzy replied at 26-10-2022 05:51 PM
Nampak macam ada penyakit mental pula pengantin lelaki tu.

xdelah kalau betul de kene mengena dengan setan
kan syirik tu
ke sebab ni silat so dia jadi layeeeeennnnnnnnn
Quote ninja boy 26-10-2022 05:56 PM
Saka datang
Quote margo20 26-10-2022 05:57 PM
Hahaha kelakar la pulak naya je kalau tetibe dengar muzik ni time kt jamban
Quote Ladyfreecare 26-10-2022 05:58 PM
TuntungReturn replied at 26-10-2022 09:49 AM
ilmu pelik2 ni elok la buang. kesan dia kt isteri ngn anak nnti.

Ilmu macam mana tu acik? Leh tlg jelaskan sikit tak
Quote jiwasemangat 26-10-2022 06:42 PM
.. ada saka silat lerr tuu..
Quote juliesha 26-10-2022 06:58 PM
Ada saka ke atau tengah amek barang jadi high gitu
Quote liyamariska 26-10-2022 07:08 PM
dua_chzy replied at 26-10-2022 05:50 PM
Bini boleh la pasang muzik serunai malam2 kalau nak BDSM.

tergelak ai baca komen sis nih...
Quote krustykrab 26-10-2022 07:10 PM
renko replied at 26-10-2022 05:33 PM
ade kena mengena dengan setan tak

Aku pun syak mcm tu..."ilmu persilatan" bahasa lembut, bahasa kasar "ilmu setan"
Quote Tinot7 26-10-2022 07:15 PM
dua_chzy replied at 26-10-2022 05:50 PM
Bini boleh la pasang muzik serunai malam2 kalau nak BDSM.

Astaga... urang baik2 mana mau bdsm...
Quote sekngucing 26-10-2022 07:17 PM
dua_chzy replied at 26-10-2022 05:50 PM
Bini boleh la pasang muzik serunai malam2 kalau nak BDSM.

iols dgn famili pun sama...muzik serunai takleh pasang
nanti jd rasa nak menggila/naik sheikh
Quote grosouraus 26-10-2022 07:18 PM
Ada "something" ni..elok pi berubat nanti susah anak cucu...
Quote lostnfaun 26-10-2022 07:21 PM
Tengok dari awal nampak tangan & kaki kiri dia mcm tgh layan tak keruan nak masuk..
Quote cashewnut 26-10-2022 07:23 PM
Saka la ni. Pegang beberapa keturunan. Kalau silat nak kuat, nak hebat, nak kebal. Jangan sesekali bersekutu dengan jin.

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.047905 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top