Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menghantar mesej WhatsApp secara seksual dan menjijikkan terhadap anak tirinya berusia 14 tahun, sejak Jun lalu.
Tertuduh yang berumur 60 tahun membuat pengakuan itu sebaik sahaja kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin. Berdasarkan pertuduhan pertama sehingga keempat, tertuduh didakwa berkomunikasi secara seksual ke atas anak tirinya berusia 14 tahun enam bulan dengan menghantar kandungan lucah antara 11 Jun 2022 sehingga 31 Ogos 2022.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11 (1) (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan hendaklah dikenakan tidak kurang dua sebatan. Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Bemban dalam daerah Jasin. Difahamkan kejadian terbongkar selepas ibu mangsa dikatakan bercerai dengan tertuduh. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak mencadangkan sebarang jaminan, namun, menawarkan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan meminta syarat tambahan dikenakan, sekiranya mahkamah ingin membenarkannya. Tertuduh diwakili peguam Umar Zulkarnain memohon jaminan rendah dibenarkan dengan alasan anak guamnya memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan dan bayaran ikat jamin akan dibuat oleh anak kandungnya yang hadir pada prosiding. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 beserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai. Mahkamah turut menetapkan 23 November depan sebagai sebutan semula kes. Sumber: UTUSAN
|
Kurex replied at 26-10-2022 05:43 PM
Dapnyeh zuhairi
sangbara2020 replied at 27-10-2022 07:47 AM
didoakan org tua kutuk ni mati pucuk cecepat...
ADVERTISEMENT