CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 8 Tahun Jatuh Atas Batang Besi Sampai Tembusi Tekak Hingga Mulut Panjang Nyawa!

26-10-2022 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1299| Komen: 7


Berpantang maut sebelum ajal. Walaupun batang besi menembusi dari tekak hingga ke mulutnya, seorang kanak-kanak perempuan terselamat, malah dibenarkan pulang selepas tiga hari menjalani pembedahan.


Kanak-kanak berusia lapan tahun dikenali sebagai Taiba itu bermain di perkampungan Bhulanpur, di daerah Kheri di Uttar Pradesh, India, apabila dia terjatuh di atas batang besi di sebuah tapak bangunan.


SWNS

Pakar bedah mengambil masa 35 minit untuk mengeluarkan batang besi berkenaan dari mulutnya dengan berhati-hati.

Insiden mengerikan itu berlaku pada 4 Oktober lalu.


Besi itu bagaimanapun tidak mengena saraf penting atau saluran darah ke otak mangsa dan dia masih boleh bercakap dalam masa lapan jam.

Dia kini sudah berada di rumah dan dijangka pulih sepenuhnya.

Dr Rajkumar Koli, yang mengetuai pembedahan itu berkata: "Ia adalah kes paling menyedihkan yang (pernah) saya temui dalam kerjaya saya."

Ketika kejadian, batang besi itu menembusi rahang bawah budak itu dan keluar dari mulutnya, sebelum kanak-kanak lain berlari untuk mendapatkan bantuan daripada keluarganya.

Mereka memotong sebahagian batang besi itu dan membawa budak itu ke hospital daerah terdekat, terletak 15 kilometer jauhnya di Motipur.

Dr Koli berkata, memandangkan kanak-kanak itu kritikal, beliau dipanggil untuk melakukan pembedahan kecemasan.

"Saya memeriksa nadi pesakit dan memahami bahayanya, memberitahu ibu bapa kanak-kanak itu untuk membawanya ke Kolej Perubatan Lucknow (terletak) kira-kira 140 kilometer jauhnya.

"Tetapi ibu bapa tidak berada dalam kedudukan untuk membawa kanak-kanak itu sejauh itu, dan meminta saya menjalankan pembedahan.

"Ia adalah situasi yang mencabar kerana kemudahan sinar-X di hospital daerah tidak tersedia selepas jam 5 petang.

"Saya kemudian segera memaklumkan kepada pakar bius untuk menggunakan bius setempat dan memulakan pembedahan bagi menyelamatkan saluran darah utama.


SWNS

"Batang itu tersangkut dengan kuat, dan untuk melonggarkan saya terpaksa membuat potongan satu sentimeter dan menarik batang itu keluar perlahan-lahan. Prosedur itu hanya mengambil masa kira-kira 35 minit."

Doktor kata, lebih bernasib baik batang besi itu tidak tersangkut di salur darah ke otak dan tekak.

"Selepas tiga hari, pesakit dibenarkan keluar wad," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 26-10-2022 03:47 PM
Kalau mati umur kecik kau beruntung masuk syurga percuma x kena hisab dik.
Quote Omai 26-10-2022 04:39 PM
nasib baik tak mati.... takutnyee
Quote kemaruk 26-10-2022 04:42 PM
Uttar Pradesh   
Quote kasibiman 26-10-2022 04:54 PM
Ngerinya lahaiii


Huntong la nyawa kau panjang lagi nak... Jgn buat mak Pak cenggini lagi
Quote xtahumenahu 26-10-2022 05:00 PM
menyedihkan kann..nak bawak spital elok..x mampu
nasib baik dr ni bijak
Quote grouper 26-10-2022 05:00 PM
Klau x kena vital organ atau salur darah utama mmg biasanya selamat walaupun nampak ngeri kecederaan yg dialami
Quote SayaSayangMama 26-10-2022 05:07 PM
wehhhhh censored lah takut

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.285158 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top