CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Televisyen Di Rumah, Mari Kenali Isteri PM UK

26-10-2022 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2690| Komen: 22

Akshata Murty turut menjadi tumpuan selepas suaminya, Rishi Sunak dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK).

Wanita itu merupakan anak kepada bilionair India, Narayana Murthy yang turut dikenali sebagai Bill Gates of India.

BBC melaporkan, seorang pewaris harta bernilai berbilion-bilion, Akshata, 42, terpalit kontroversi apabila diketahui awal tahun ini bahawa dia memegang status non-domiciled atau non-dom.


CNN

Ini bermakna beliau tidak perlu membayar apa-apa cukai ke atas pendapatannya dari luar UK.

Wanita itu kemudiannya bersetuju untuk membayar cukai kepada kerajaan UK ke atas pendapatannya di seluruh dunia.

Walaupun berasal dari keluarga kaya, Akshata dibesarkan dalam persekitaran yang lebih sederhana.

Ketika berusia beberapa bulan, Akshata dihantar untuk tinggal bersama datuk dan nenek sebelah bapanya.

Ketika itu, ibunya, Sudha Murty dan bapanya memajukan kerjaya mereka di Mumbai.

Setahun kemudian, Narayana mengasaskan Infosys, sebuah syarikat perkhidmatan teknologi maklumat (IT) yang kemudian menjadikannya salah seorang individu terkaya di India.

Latar belakang ibu bapa yang berpendidikan tinggi menyebabkan Akshata juga fokus kepada pendidikan.

Akshata berkata, tiada televisyen di rumah mereka dan masa diluangkan untuk "perkara seperti belajar, membaca, perbincangan dan bertemu rakan".

Wanita itu melanjutkan pelajaran ekonomi dan Bahasa Perancis di institusi swasta yang liberal, Kolej Claremont McKenna di California, Amerika Syarikat.

Akshata kemudian memperoleh diploma di kolej fesyen dan bekerja di Deloitte dan Unilever, sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Stanford, California, Amerika Syarikat.


FB Rishi/Greek Reporter

Di universiti itu, beliau bertemu dengan Sunak. Pasangan itu berkahwin pada 2009 dan mempunyai dua anak perempuan.

Wanita itu memulakan kerjayanya dalam bidang kewangan di California sebelum memulakan label fesyennya sendiri, Akshata Designs.

Label itu melancarkan koleksi pertamanya pada 2011.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 26-10-2022 02:27 PM
takde tv? tp still ada hp yang boleh access pelbagai maklumat, agitewww

btw, ada pros n cons... iol pun tak nak kecam lebih..sebab rumah iol ada tv, tapi jarang mau tengok.
Quote umbut 26-10-2022 02:39 PM
Menipu je xda tv, tv ada tapi jrg tgk sebab busy kan.. skrg pun ramai je dah xlayan tv
Quote Simunggu 26-10-2022 03:10 PM
10 keling cakap 11 saya buang parit
Quote jfq 26-10-2022 03:13 PM
Dapat diploma di kolej fesyen dan kerja di deloitte?
Quote margo20 26-10-2022 03:24 PM
Yelah yelah i get it
Quote chique 26-10-2022 03:32 PM
Rasanya tak ada tv tu masa zaman dia membesar dulu, supaya tak lari fokus
Quote sharlenetexas 26-10-2022 03:37 PM
Macamana rupa busana akshata designs?

Quote Samerosie 26-10-2022 04:19 PM
Kalau baca this article in the English version lagi make sense.  Di rumah parents dia masa growing up yg tak ada tv, bukan sekarang.
Quote messymimi 26-10-2022 04:25 PM
sharlenetexas replied at 26-10-2022 03:37 PM
Macamana rupa busana akshata designs?




Quote sharlenetexas 26-10-2022 04:31 PM
messymimi replied at 26-10-2022 04:25 PM

Macam island shop.


Quote bakingsoda 26-10-2022 04:34 PM
shi_jewel replied at 26-10-2022 02:27 PM
takde tv? tp still ada hp yang boleh access pelbagai maklumat, agitewww

btw, ada pros n cons... iol ...

jaman dia kecik la, bukan jaman sekarang. ujung2 anak jd fashion designer yg gagal jah
Quote Omai 26-10-2022 04:35 PM
menipunye...
Quote Perawankota 27-10-2022 02:41 AM
Umur 42 tp nmpk mcm 50..
Quote kakikuDibibirmu 27-10-2022 02:50 AM
Edited by kakikuDibibirmu at 27-10-2022 02:52 AM

Narayana, Narayana, Narayana Udit Narayan tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 27-10-2022 02:52 AM
Trimurti tersenyum sinis dengan konsep holy trinity
Quote mawardia 27-10-2022 03:02 AM
So acane sunak selepas masuk opis?
Ada rasa nak lari?
Quote tumpanglalu74 27-10-2022 04:18 AM
Edited by tumpanglalu74 at 27-10-2022 04:20 AM

Aku syak dia ni main toyboy..  Maklumlah anak orka.  Tu yang si Sunak terhegeh2 masok politik tu..  Takot bini.
Quote nuralisa 27-10-2022 08:14 AM
tak de tv masa zaman dia kecik2 ..bukan skrg ..
Quote Page88 27-10-2022 08:15 AM
Hhhmmm....

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-8-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.170394 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top