CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajal Tengah Masak Burger, Peniaga Gerai Maut Dirempuh Pacuan Empat Roda

26-10-2022 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2803| Komen: 26

RAUB – Seorang peniaga gerai burger maut manakala sembilan individu mengalami kecederaan selepas sebuah pacuan empat roda hilang kawalan dan merempuh sebuah gerai burger dan empat buah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.


Kejadian berlaku di Kilometer 342 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Simpang Sungai Pasu di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu mangsa Mohamad Ariff Anuar Khan,32, yang merupakan peniaga gerai burger meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.


Foto: Kosmo


“Berdasarkan siasatan awal kemalangan berlaku semasa pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki dari arah bandar Raub ke Lipus hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Kenderaan pacuan empat roda berkenaan kemudiannya merempuh sebuah gerai burger, pelanggan serta empat buah kenderaan yang diletak di bahu jalan berhampiran gerai burger berkenaan,”katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shahril peniaga gerai yang meninggal dunia di tempat kejadian dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat manakala individu lain yang cedera dirawat di hospital sama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu serta penumpang pacuan empat roda berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

Ujarnya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah gelap dan tiada lampu jalan serta semasa kejadian permukaan jalan adalah basah. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 26-10-2022 01:32 PM
Tak suka betul mati cara begini. Kalau sakit ok lagik sebab boleh gak kita expect nak mati berdasarkan severity penyakit. Ni takda hapa klu ka petanda ka tetiba nyawa diambik. Klu dapat klu ka petanda dah tentu abang burger tak meniaga malam tu. Atau sebenarnya aruah hada ja instinct tapi chose to ignore.
Quote pooh~key 26-10-2022 01:44 PM
dua_chzy replied at 26-10-2022 01:32 PM
Tak suka betul mati cara begini. Kalau sakit ok lagik sebab boleh gak kita expect nak mati berdasark ...

Akak lagi tak suka pemandu hilux sister. Pemandu hilux semua sampah haaaa gitu akak generalisasi sis.
Quote imransulaiman 26-10-2022 03:04 PM
Drive laju tekan pedal minyak sampai habis ke?

Biarlah orang cakap aku penakut...sebab setakat ni tak pernah drive lebih 100km/j (ni pun dah rasa lain macam dah...huhu)
Quote Omai 26-10-2022 04:18 PM
disebabkan sekarang banyak kes langgar orang tibe-tibe ni.. dekat traffic light lah tepi jalan lah.. aku jadi fobia.

kalau berenti di traffic light tu, kalau bawak moto ke kereta ke, aku fobia... tengok kiri kanan depan belakang dekat cermin sisi yang ade tu.. doa dalam hati jangan la ade setan gondol bawa kete/moto macam setan..  
Quote nenekglamer 26-10-2022 04:25 PM
Sbg driver Hilux dah 10 tahun, aku nk cakap satu. BODOH la waktu hujan2 bawak laju. In fact, Hilux mmg bukan built untuk speeding. N ya. Stuju. Banyak driver Hilux ni bengap lagi berlagak.
Quote Jitu 26-10-2022 04:31 PM
takziah

tu lah tengok gerai2 tepi jalan ni risau je takut ada driver2 yg lahanat terbabas
Quote rosedemon 27-10-2022 10:39 AM
tak lambat tak cepat walu sesaat
Quote Travelo 27-10-2022 10:52 AM
hmm..kalau nak mati tu, tengah duduk tempat yg kita rasa selamat pun, tetap mati jugak...

harap driver tu kena hukum setimpal...gantung sampai mati
Quote Page88 27-10-2022 10:52 AM
Rest In Peace.
Quote Perwira2022 27-10-2022 10:56 AM
dua_chzy replied at 26-10-2022 01:32 PM
Tak suka betul mati cara begini. Kalau sakit ok lagik sebab boleh gak kita expect nak mati berdasark ...

Bagus mati camni.. Kejap je urusannya. Daripada mati sakit kronik yg tak mati mati.... Menyusahkan orang2 tersayang.... Kadang2 tu perangai pun jadi hazab... Marah2 orang2 sekeliling...
Quote Kitty_catz 27-10-2022 11:03 AM
salam takziah

ajal tak kenal tempat, bila dah sampai , ia sampai

Quote sangbara2020 27-10-2022 11:14 AM
aku benci driver hilux n seangkatan
berlagak beruk betul dia
Quote Simunggu 27-10-2022 12:30 PM
risiko berniaga dibahu jalan..apa apa pun tak dapat claim...mati katak ja...undang undang pun tak boleh tolong
Quote white_musk 27-10-2022 12:58 PM
nenekglamer replied at 26-10-2022 04:25 PM
Sbg driver Hilux dah 10 tahun, aku nk cakap satu. BODOH la waktu hujan2 bawak laju. In fact, Hilux m ...

Ada tak kelab Hilux? boleh ramai2 maki driver hilux kat situ
Quote white_musk 27-10-2022 12:59 PM
Akak cadangkan kenderaan seperti Hilux ini tidak dibenarkan berada di atas jalan raya
Quote rogayahtop 27-10-2022 01:00 PM
Takziah.

Org yg bawak 4x4 pun tak suka sesama sendiri. Nak2 kalau yg yg bawak 4x4 masuk hutan jumpa 4x4 jantan urban.   
Quote bulalof 27-10-2022 01:02 PM
harap dikenakan balasan yg setimpal. pd masa yg sama harap penjaa2 jalanan juga berniaga di kawasan yg selamat atau yg sah. maybe boleh rujuk dgn majlis perbandaran. demi kepentingan pennguna jalan raya serta org awam.
Quote zuraidah1 27-10-2022 01:43 PM
Dekat kg aku ni...Sian dia ank 3org kecik g...kalo Dr raub nk BLK umah aku nmpak la kedai buger dia kt bus stop tu nk singgah tp dah lepas mls patah BLK..bini dia parah anto kt hospital lipis...org kg kata cina tu mabuk ...
Quote Artemesiaa 27-10-2022 01:47 PM
Ramai pemandu Hilux ni bengap lagi berlagak mentang2 kenderaannya tinggi suka pandu dengan merbahayakan pengguna jalanraya yang lain.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.106895 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top