View: 2315|Reply: 26
|
Ajal Tengah Masak Burger, Peniaga Gerai Maut Dirempuh Pacuan Empat Roda
[Copy link]
|
|
RAUB – Seorang peniaga gerai burger maut manakala sembilan individu mengalami kecederaan selepas sebuah pacuan empat roda hilang kawalan dan merempuh sebuah gerai burger dan empat buah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.
Kejadian berlaku di Kilometer 342 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Simpang Sungai Pasu di sini malam semalam.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu mangsa Mohamad Ariff Anuar Khan,32, yang merupakan peniaga gerai burger meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Foto: Kosmo
“Berdasarkan siasatan awal kemalangan berlaku semasa pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki dari arah bandar Raub ke Lipus hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.
“Kenderaan pacuan empat roda berkenaan kemudiannya merempuh sebuah gerai burger, pelanggan serta empat buah kenderaan yang diletak di bahu jalan berhampiran gerai burger berkenaan,”katanya di sini hari ini.
Menurut Mohd. Shahril peniaga gerai yang meninggal dunia di tempat kejadian dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat manakala individu lain yang cedera dirawat di hospital sama.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu serta penumpang pacuan empat roda berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.
Ujarnya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah gelap dan tiada lampu jalan serta semasa kejadian permukaan jalan adalah basah. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Tak suka betul mati cara begini. Kalau sakit ok lagik sebab boleh gak kita expect nak mati berdasarkan severity penyakit. Ni takda hapa klu ka petanda ka tetiba nyawa diambik. Klu dapat klu ka petanda dah tentu abang burger tak meniaga malam tu. Atau sebenarnya aruah hada ja instinct tapi chose to ignore. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 26-10-2022 01:32 PM
Tak suka betul mati cara begini. Kalau sakit ok lagik sebab boleh gak kita expect nak mati berdasark ...
Akak lagi tak suka pemandu hilux sister. Pemandu hilux semua sampah haaaa gitu akak generalisasi sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Drive laju tekan pedal minyak sampai habis ke?
Biarlah orang cakap aku penakut...sebab setakat ni tak pernah drive lebih 100km/j (ni pun dah rasa lain macam dah...huhu) |
|
|
|
|
|
|
|
disebabkan sekarang banyak kes langgar orang tibe-tibe ni.. dekat traffic light lah tepi jalan lah.. aku jadi fobia.
kalau berenti di traffic light tu, kalau bawak moto ke kereta ke, aku fobia... tengok kiri kanan depan belakang dekat cermin sisi yang ade tu.. doa dalam hati jangan la ade setan gondol bawa kete/moto macam setan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbg driver Hilux dah 10 tahun, aku nk cakap satu. BODOH la waktu hujan2 bawak laju. In fact, Hilux mmg bukan built untuk speeding. N ya. Stuju. Banyak driver Hilux ni bengap lagi berlagak. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah
tu lah tengok gerai2 tepi jalan ni risau je takut ada driver2 yg lahanat terbabas |
|
|
|
|
|
|
|
tak lambat tak cepat walu sesaat |
|
|
|
|
|
|
|
hmm..kalau nak mati tu, tengah duduk tempat yg kita rasa selamat pun, tetap mati jugak...
harap driver tu kena hukum setimpal...gantung sampai mati |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 26-10-2022 01:32 PM
Tak suka betul mati cara begini. Kalau sakit ok lagik sebab boleh gak kita expect nak mati berdasark ...
Bagus mati camni.. Kejap je urusannya. Daripada mati sakit kronik yg tak mati mati.... Menyusahkan orang2 tersayang.... Kadang2 tu perangai pun jadi hazab... Marah2 orang2 sekeliling... |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah
ajal tak kenal tempat, bila dah sampai , ia sampai
|
|
|
|
|
|
|
|
aku benci driver hilux n seangkatan
berlagak beruk betul dia |
|
|
|
|
|
|
|
risiko berniaga dibahu jalan..apa apa pun tak dapat claim...mati katak ja...undang undang pun tak boleh tolong |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tak kelab Hilux? boleh ramai2 maki driver hilux kat situ
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak cadangkan kenderaan seperti Hilux ini tidak dibenarkan berada di atas jalan raya |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah.
Org yg bawak 4x4 pun tak suka sesama sendiri. Nak2 kalau yg yg bawak 4x4 masuk hutan jumpa 4x4 jantan urban. |
|
|
|
|
|
|
|
harap dikenakan balasan yg setimpal. pd masa yg sama harap penjaa2 jalanan juga berniaga di kawasan yg selamat atau yg sah. maybe boleh rujuk dgn majlis perbandaran. demi kepentingan pennguna jalan raya serta org awam. |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat kg aku ni...Sian dia ank 3org kecik g...kalo Dr raub nk BLK umah aku nmpak la kedai buger dia kt bus stop tu nk singgah tp dah lepas mls patah BLK..bini dia parah anto kt hospital lipis...org kg kata cina tu mabuk ... |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai pemandu Hilux ni bengap lagi berlagak mentang2 kenderaannya tinggi suka pandu dengan merbahayakan pengguna jalanraya yang lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|