Polis memanggil kedua-dua ibu bapa untuk dirakam percakapan berhubung kejadian video tular kanak-kanak yang dibiarkan cuai bermain di tepi balkoni tingkap di sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Taman Setapak, di sini, semalam.
Dalam kejadian itu, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan adiknya lelaki berusia dua tahun dikesan pihak polis melalui video tular yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Reff Lia sekitar pukul 4 petang, semalam. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, klip video yang tular berdurasi 10 saat berlaku pada tarikh dan masa yang tidak dapat dipastikan.
Katanya, semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai polis dari bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. “Sepasukan polis dari bahagian berkenaan telah menjalankan siasatan dan mendapati ketika kejadian ibu bapa mangsa berada di dalam rumah dan tidak menyedari kejadian tersebut berlaku. “Ibu bapa kanak-kanak terbabit telah dipanggil untuk dirakam percakapan oleh pegawai penyiasat dan telah dibenarkan pulang malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambah Ashari, pegawai penyiasat (IO) akan lengkapkan siasatan untuk dirujuk kepada timbalan pendakwa raya (DPP) Jelasnya, kes akan disiasat oleh di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001).
|
Kesalahan kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa
pengawasan yang berpatutan
33. Mana-mana orang, yang merupakan ibu atau bapa atau
penjaga atau orang yang pada masa itu mempunyai pemeliharaan
seseorang kanak-kanak, yang meninggalkan kanak-kanak itu—
(a) tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan dan
pemeliharaan yang berpatutan bagi kanak-kanak itu;
(b) selama suatu tempoh yang tidak berpatutan memandangkan
semua hal keadaan; atau
(c) dalam keadaan yang tidak berpatutan memandangkan
semua hal keadaan,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
kelip2_07 replied at 26-10-2022 12:20 PM
mak pak tgh buat ank br kot..dh tau ade ank kecik mcm tu nape xpsg grill
akuMNdia replied at 26-10-2022 12:11 PM
aku tgk gambar pun dah seriau ni kan pulak kalau tgk depan2.
mak pak kata x perasan anak2 keluar ka ...
caca_eric replied at 26-10-2022 12:58 PM
Mak bapak kedekut
Rmh sewa nak keluar duit pasang grill
Adrif replied at 26-10-2022 12:32 PM
child neglect
akta 31(1)(a) ke 33?
sicvitaest replied at 26-10-2022 02:32 PM
Seksyen 31 dan 33 Akta Kanak2, bukan Akta.
Kedua2 peruntukan utk kesalahan neglecting a child cu ...
ADVERTISEMENT