View: 1388|Reply: 16
|
Ibu Bapa Cuai Biar Anak-anak Main Di Belebas Tingkap, Dirakam Percakapan
[Copy link]
|
|
Polis memanggil kedua-dua ibu bapa untuk dirakam percakapan berhubung kejadian video tular kanak-kanak yang dibiarkan cuai bermain di tepi balkoni tingkap di sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Taman Setapak, di sini, semalam.
Dalam kejadian itu, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan adiknya lelaki berusia dua tahun dikesan pihak polis melalui video tular yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Reff Lia sekitar pukul 4 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, klip video yang tular berdurasi 10 saat berlaku pada tarikh dan masa yang tidak dapat dipastikan.
Katanya, semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai polis dari bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
“Sepasukan polis dari bahagian berkenaan telah menjalankan siasatan dan mendapati ketika kejadian ibu bapa mangsa berada di dalam rumah dan tidak menyedari kejadian tersebut berlaku.
“Ibu bapa kanak-kanak terbabit telah dipanggil untuk dirakam percakapan oleh pegawai penyiasat dan telah dibenarkan pulang malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Ashari, pegawai penyiasat (IO) akan lengkapkan siasatan untuk dirujuk kepada timbalan pendakwa raya (DPP)
Jelasnya, kes akan disiasat oleh di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001).
“Sehubungan itu, polis menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian tanpa pengawasan kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kecuaian di bawah Akta Kanak Kanak,” ujarnya.
Sumber: KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk gambar pun dah seriau ni kan pulak kalau tgk depan2.
mak pak kata x perasan anak2 keluar kat situ..yg peliknyer camner yg baby pun boleh ada kat situ?
|
|
|
|
|
|
|
|
mak pak tgh buat ank br kot..dh tau ade ank kecik mcm tu nape xpsg grill |
|
|
|
|
|
|
|
seram tengok video tu..yang baby tu pun tengok macam baru pandai nak merangkak je..
macam manalah diaorg boleh terlepas kat situ
teringat cerita baby days out tu..yang dia cuba nak tangkap burung..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Penat2 mengandung, boleh hilang kedua2 anak sekelip mata je atas kecuaian sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
child neglect
akta 31(1)(a) ke 33?
Kesalahan kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa
pengawasan yang berpatutan
33. Mana-mana orang, yang merupakan ibu atau bapa atau
penjaga atau orang yang pada masa itu mempunyai pemeliharaan
seseorang kanak-kanak, yang meninggalkan kanak-kanak itu—
(a) tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan dan
pemeliharaan yang berpatutan bagi kanak-kanak itu;
(b) selama suatu tempoh yang tidak berpatutan memandangkan
semua hal keadaan; atau
(c) dalam keadaan yang tidak berpatutan memandangkan
semua hal keadaan,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Lutut aku yg longgar tengok budak2 ni.. yg baby tu klo ke depan sikit mau jatuh ke bawah.  |
|
|
|
|
|
|
|
kelip2_07 replied at 26-10-2022 12:20 PM
mak pak tgh buat ank br kot..dh tau ade ank kecik mcm tu nape xpsg grill
Mak bapak kedekut
Rmh sewa nak keluar duit pasang grill
Tak smpai seribu pun kalau pasang |
|
|
|
|
|
|
|
Tom cruise in the making.  |
|
|
|
|
|
|
|
ke mak bapak memang nak bunuh anak..
|
|
|
|
|
|
|
|
akuMNdia replied at 26-10-2022 12:11 PM
aku tgk gambar pun dah seriau ni kan pulak kalau tgk depan2.
mak pak kata x perasan anak2 keluar ka ...
hang kena nengok citer 'baby's day out'...baru tau 'bijaknya' baby tu. |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa mmg nak biar anak anak dia jatuh ke? cuai level gaban ...eiii |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa mak pak budak ni takde ke gambar dorang ke apa?
Katanya kejadian ni masa dorang ade je kat umah, kot ye tgh reply komen kat forum ke tgk2 la juga.
Tengah berak ke? Tengah mandi ke? Tu kat tingkap bilik kan? Dorang tidur lg ke anak2 dah manjat kabat plak.
Apa kata buh grill atau katup je tingkap tu. Atau simenkan terus je tingkap tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau makpak buat, takpe. kalau orang lain, kena jel sebab cuai  |
|
|
|
|
|
|
|
kita tgk mcm tu pn dh seriau..bodoh btl
|
|
|
|
|
|
|
|
Seksyen 31 dan 33 Akta Kanak2, bukan Akta.
Kedua2 peruntukan utk kesalahan neglecting a child cuma biasanya polis siasat bwh S.31 utk higher degree yg boleh mengakibatkan kecederaan fizikal dan sampai terbunuh, dan kalau melibatkan ibu-bapa S.31(1) (a) ni dibaca bersama S.31(4).
|
|
|
|
|
|
|
|
I see. terima kasih untuk pencerahan sis. ilmu baru. I selalu confuse dengan segala akta ni 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|