Kerajaan disaran mengurangkan beban rakyat dengan menyediakan subsidi ikan kembung. Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake) Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, tindakan itu dapat membantu mengawal harga ikan tersebut sekali gus meringankan beban rakyat.
“Ikan sejuk beku jenama Q Fish pula tiada stok kerana kekurangan bekalan ekoran musim tengkujuh dan monsun. “Kerajaan boleh mengimport ikan kembung dari negara jiran bagi menampung kekurangan bekalan pada musim tengkujuh,” katanya.
Dalam masa sama, Mohamad Yusrizal meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mengambil langkah membendung masalah kekurangan telur. “Bagi isu minyak masak peket pula, Cake mencadangkan supaya jumlah kuota bekalan itu ditambah dan dihantar terutamanya di kawasan kampung dan bandar yang mempunyai ramai penduduk B40. “Di samping itu, kerajaan perlu menguatkuasakan pengawalan terhadap minyak masak tidak bersubsidi supaya harga yang dijual tidak terlalu tinggi,” katanya. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT